Bab 20

6K 51 6
                                    

*10 tahun kemudian*

*Armaya pov*

     Jam menunjukkan pukul 10 pagi,Aku masih lena diulit mimpi,sejak ketiadaan Abang Harriz,aku jarang bangun awal.Kalau bangun pun,atas urusan penting sahaja.

"Armaya!!! ohhh Armaya!!!",Kedengaran jeritan suara mama dari tingkat bawah.

Aduii,kenapa mama panggil aku ni?

Aku yang masih mamai tidak menghiraukan panggilan mama,aku mengiring ke kiri untuk menukar posisi tidur sambil menarik 'comforter' ke atas paras dadaku dengan mata yang terkebil kebil.

Haihh...baru pukul 10,belum pukul 1 pun..kenapa mama kejut aku bangun ni? Ni yang aku tak suka ni,tengah sedap tidur ada orang kejutkan.Takkan mama dah serik nak tanggung aku kot? Alah rilek la baru 3 tahun menganggur hehe.

Setelah beberapa minit,Akhirnya aku bangun juga dari katil.Aku membuka langkah ke bilik mandi.Usai sahaja mandi dan bersiap,Aku turun ke tingkat bawah.Dapatku lihat mama yang sedang leka menonton drama menjeling sekilas ke belakang melihat keberadaanku.

"Haa,bangun pun anak dara sorang ni..penat mama panggil..",Bebel mama.

Aku hanya menadah telinga bersiap sedia mendengar syarahan dari mama.Aku sudah terbiasa dengan semua ini sejak 3 tahun yang lalu.Mendengar bebelan mama yang tiada penghujungnya.Aku melabuhkan punggung di kerusi meja makan sambil menyapu kaya pada sekeping roti gardenia.Mama pula membuntuti langkahku seraya menarik kerusi meja makan untuk duduk.

"Maya..sampai bila nak jadi macam ni? Umur dah 22 tahun tau,bila nak cari kerja? Sampai bila nak menganggur? Suruh sambung belajar tak nak..kerja pun tak nak..habis kamu nak apa?",soal mamaku.

Aku yang sedang ralit mengunyah roti kaya itu hanya mengeluh kecil mendengar soalan mama.Aku sendiri pun tidak tahu bagaimana mahu menjawab pertanyaan itu.

Ya,memang aku jadi pemalas sejak ketiadaan Abang Harriz.Tapi tidaklah malas mana,aku masih buat kerja rumah,aku cuma tidak mahu belajar atau bekerja.Aku lebih selesa jaga rumah.Memang itu sifat aku,lagipun selepas permohonan kolej vokasional aku ditolak,aku jadi tidak bersemangat lagi mahu ambil tahu soal kerjaya.Result SPM aku pun tidaklah hebat mana,tiada A pun,yang ada cuma huruf B dan C.Aku rasa kerja yang sesuai dengan aku buat masani hanyalah menjadi suri rumah.Aku tersenyum kecil.

"Entahlah mama,Maya rasa nak kahwin je,malas nak kerja atau sambung belajar.Mama kahwinkan jelah Maya dengan Sulaiman Feng Lee tu.",Jawabku sambil tertawa kecil.

Mama hanya menggeleng menahan tawa mendengar jawapan aku.Memang susah betul dapat anak macam aku ni.

"Hmmph,ye lah kan Armaya,kalau dah kamu malas belajar,malas kerja baik kamu kahwin je lah.Kamu nak mama masuk minang Sulaiman Feng Lee tu?",soalnya.

Aku tersipu malu mendengarkan pertanyaan itu.Ishh,takkanlah aku pula yang masuk minang dia? Kenapa tak dia je yang masuk minang aku? Ohh lupa,dia mana tahu yang aku ni sukakan dia! hihihi.Tapi apa salahnya aku masuk minang dia? Lagipun Feng Lee dah masuk Islam lepas tamat SPM,sekarang dia tengah sambung belajar.Kalau tunang dulu okay juga kan? Nanti dia dah habis belajar boleh terus kahwin.

"Ehh,dia still ada ke nama Feng tu mama? Bukan dia cakap dia dah tukar nama jadi Sulaiman Lee ke?",soalku.

"Ye ke? Entahlah,mama pun tak tahu sayang..itukan kawan Armaya,bukan kawan mama.",balas mama.

'Tingg',Kedengaran bunyi notifikasi whatsapp masuk di dalam telefonku.

Aku memeriksanya,bibirku menguntumkan senyuman kecil,pasti kalian sudah tahu siapa yang chat aku.Tidak lain tidak bukan,Sulaiman Lee.Buah hatiku,haih dialah penyebab mengapa aku sering memeriksa aplikasi 'Whatsapp'.Tanpa dia,memang tidaklah aku akan buka aplikasi itu,manakan tidaknya berbakul bakul chat yang masuk kadang kadang dari nombor yang tidak kenal pun ada juga.Haih,Maya oh maya..inilah akibatnya kalau kau terlalu mesra alam,habis orang kau nak kawan,kan dah ramai chat! Aku membaca textnya.

**********

Crush❤:Assalamualaikum..
hmm..awak buat apa tu? sibuk ke?

Me:Waalaikumussalam,hehe..tak sibuklah,untuk awak sentiasa ada masa😜

Crush❤:Mm..boleh kita berjumpa? Saya sebenarnya nak luahkan masalah saya...Nak luah dekat sini macam tak lega pulak..

Me:Boleh je..kita kan selalu dating? hihi..apa salahnya? Nak jumpa dekat mana? Jumpa dekat rumah mama saya nak? Alang ii tu boleh masuk minang terus 🙈.

*********

'Ehhh!! Alamak,too much ni!! Armaya...kenapalah engkau ni menggeletis sangat?! Kalau dia tak nak kawan dengan kau lagi macam mana?!',monologku sendiri.

Mata aku pejam rapat dan telefon aku tekap pada dada,tidak sanggup melihat apa yang bakal dibalas.

"Yang kamu cakap sorang ii tengok telefon tu dah kenapa Maya?",soal mama.

Ehh,lupa pula mama ada kat sini! Aku hanya tersengih seperti kerang busuk memandang wajah mama yang berkerut.Mataku memandang semula ke skrin telefon untuk melihat apa yang dibalas.

*************

Crush❤:Ehh..Mmmm apalah awak ni cakap macam tu 😂.

Me:Hihihi..saya gurau je..kita nak jumpa dekat mana ye?

Crush❤:Mm..dekat restoran yang selalu kita jumpa?

Me:Okay sayang❤ Ehh Sulaiman sorry typo😝.

Crush:Eh...haha okaylah bye awak.

*************

Memang berkenan betul aku dengan Sulaiman Lee ni! Lelaki yang macam inilah yang aku mahukan.Sulaiman memang baik orangnya,jarang sangat marah.Kalau marah pun cepat reda, sebab apa? Sebab setiap kali dia marah, dia selalunya hanya akan diam tanpa bicara.Dalam diam itu juga dia berzikir dan beristirghfar,aku yakin dialah imam yang terbaik untuk aku! Aku sangat sukakan dia, aku harap bila mama masuk minang dia nanti, dia terima pinangan aku.

Bibirku menguntumkan senyuman malu, jariku menyelit hujung rambut lurus ke tepi telinga.Mama hanya tersenyum melihat keadaanku, sudah dia tahu kebahagiaan ini berpunca dari siapa.Dia meneguk segelas air teh yang baru dituangnya sebentar tadi.

"Insyallah lagi dua hari kita pergi merisik Sulaiman.Mama tengok anak mama ni dah gila bayang dah,tak boleh dibiar lama lama ni..takut nanti dikebas orang Maya juga yang merana...yelah..Sulaiman tu hensem,cina mualaf kot,siapa je yang tak nak? Kalau mama pun mama try..",usik mamaku.

Eh,eh mama ni? Dia pula yang over? Amboi amboi dah pasang cita cita nak rampas laki aku nampak? Ni kalau aku bagitahu papa ni konfem papa merajuk seminggu! Kihkihkih.

" Tu lah kan mama...dah lah hensem,bijak,lemah lembut,beriman,baik..haishh lelaki idaman semua perempuan! Mesti cepat cepat kalau lambat nanti melepas! ", kataku.

Kami sama sama tertawa sambil menghirup teh yang segar di pagi hari.Ehh wait,pagi? Pukul 10 tu pagi ke eh? Alah betul lah tu pagi juga kan hehehe..

















































































































*Hmm...mana harriz eh? Apa khabar dia?*

*Sihat ke sakit? Fizikal sihat..tapi mental..hurmm..readers tahu sendiri lah ye..*

*Uishh..boleh pula Armaya jatuh hati pada Sulaiman Lee? Apa agaknya reaksi Harriz kalau dia tahu semua ni?*

My MedicineWhere stories live. Discover now