Bab 13

6.9K 76 4
                                    

*Armaya pov (Flashback)

Aku pergi ke sekolah seperti biasa.Perasaan aneh mula menyapa hatiku apabila menyedari bahawa buat kali pertama dalam sejarah,aku hadir ke sekolah dalam keadaan haid.Ya,semalam merupakan kali pertama aku datang haid sekaligus menandakan bahawa aku telahpun baligh.

Apa pun,yang ingin aku ceritakan sekarang ini bukanlah tentang itu.Aku mahu menceritakan betapa anehnya sikap abang Harriz sejak kali pertama aku pindah masuk ke rumahnya.

Aku masih ingat lagi,hari pertama aku bersekolah sebagai pelajar tahun 1 di sekolah yang sama dengannya.Beza umur kami ialah 3 tahun,jadi,waktu itu Abang Harriz merupakan pelajar di sesi pagi.Manakala aku pula pelajar di sesi petang.Kau bayangkan,Abang harriz tamat sekolah pada pukul 1.30pm dan aku pula baru masuk sekolah pada waktu itu.Jadi,memang aneh lah kan kalau aku kata yang kami berdua pulang ke sekolah bersama? Kerana waktu pulang aku ialah pada pukul 6.00pm!

Nak kata Abang Harriz hanya menunggu aku untuk menjemput pulang? Mustahil! Kerana jelas lagi nyata,setiap kali dia menunggu aku di hadapan pintu kelas,dia masih mengenakan baju sekolah! Jadi,aku mengesyaki bahawa dia tidak pulang ke rumah dari pukul 1.30pm hingga 6.00pm hanya untuk menunggu aku! Tapi kenapa? Kenapa Abang Harriz berperilaku aneh sedemikian rupa? Adakah semua ini kerana dia risau akan aku? Mungkin,kerana Abang Harriz merupakan seorang abang yang sangat penyayang.

Aku fikir,bila sudah tamat zaman sekolah rendahku,Abang Harriz akan berhenti menunggu aku untuk dibawa pulang bersama.Namun,ternyata tanggapan aku itu tidak tepat sama sekali! Aku sudahpun masuk ke Alam sekolah menengah dan Abang Harriz masih menunggu aku untuk pulang bersama! Tidak lupa juga sahabat setianya yang ada disisi,iaitu si Haikal.

"Ehemm",seseorang berdehem kepadaku.

Aku pusing ke belakang untuk melihat siapakah gerangan manusia itu,ternyata itu ialah Huda.Salah seorang rakanku.

Ya,Aku ada ramai kawan,aku memang mesra alam orangnya,aku suka berkawan dengan ramai orang.Sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakanku,aku terima.Asalkan dia bukan seorang lelaki.

"Termenung apa Armaya?",Tanya Huda seraya meletakkan beg disebelahku lalu melabuhkan punggungnya.

Sekarang kami berada di tapak perhimpunan,biasalah,kadang kadang kalau aku tiada mood untuk berjalan jalan,aku akan duduk sahaja di sini.Yalah,memandangkan perhimpunan bakal bermula tidak lama lagi.

"Tak ada apa apa..ni Isyiqa mana? bukan selalu dia datang dengan kau ke?",soalku.

"Aku rasa Isyiqa tu tak datang kot,sebab semalam dia whatssapp aku cakap yang dia demam.",jawabnya.

"Ouh..",aku mengeluh kecil.

Sudahlah Isyiqa tu tablemate aku.Kalau dia tak datang,dengan siapa aku nak berbual nanti? Huh..nampak gayanya terpaksalah ronda satu kelas cari rakan berbual,itupun kalau cikgu masih belum datanglah,yelah takkan aku nak meronda waktu cikgu tengah mengajar pula?

****

Sesi perhimpunan telahpun bermula,seperti biasa,kami hanya mendengar sahaja bebelan cikgu di hadapan.Haih,bosan betul?! Kalaulahh boleh ponteng...

'Ha!! Aku ada idea!! hehehe...',monologku sendiri.

Idea nakal terbit di akal fikiranku,aku segera berpaling ke sebelah.Kelihatan Huda sedang terangguk angguk menahan mengantuk,senyuman jahat aku berikan kepadanya.

"Huda...",seruku.

"Hmmphh..",jawab huda seraya menguap.

"Jom kita pergi ronda satu sekolah sampai habis perhimpunan nak?! kita cakap je kat cikgu nak pergi tandas.",bisikku.

My MedicineWhere stories live. Discover now