Guys, I love you guys, Im sorry, Just, kill me alreadehhhhhhhh.
-----------------------------------------------------------------------------------
Hana's P.O.V
Seriuslah aku ni dah nak kahwin? Oh my God, cringenya. Sebelum ni aku just cakap-cakap je, bukannya betul-betul nak pun. Yeah, I mean, mesti ramai yang macam tu kan? Cakap "Tak ada siapa nak aku", "Aku ni kalau ada orang nak pun kira bersyukurlah" etc semua tu kan? Ke tak kan? Aku just, main-main je time cakap-cakap benda macam tu.
...
Huwaaaaaa malunyaaaaa. Kahwin tu macam mana eh? Ya Allah, aku ni dah lah macam budak-budak lagi. Jauh perkataan matured tu daripada aku. Alah.... apa aku nak buat ni. Like hell, tunang dua minggu je? Kau ingat kelakar ke apa? Lepas tu aku dah jadi bini orang. Yuckkkkssssss. Dengan penculik. Oh shit, aku baru teringat yang dia pernah culik aku. Dayummn-
"Ting!", bunyi notifikasi telefon berbunyi. Mesej siapa pulak ni, aku tengah layan malu ni. Eh, Luth?
"Get ready". Eh mamat ni, dah kenapa suruh siap.
"On my way". Wah lebih, tetiba sangat ni. Malas aku reply.
"I'm so afraid~", ringtone telefon Hana berbunyi pula.
Ish sibuklah mamat ni. Nak angkat ke tak eh? Hmm... ah angkat jelah.
"Took you so long huh?". Urgh meluatnya aku dengar suara dia ni.
"Kau nak apa?". Kasarnya aku tanya. Bila nak lemah lembut ni?
"Survey barang wedding KITA", Luth saja menekankan perkataan kita.
What? Bapaklah, aku baru nak layan malu, dia tambahkan lagi malu aku. Ala, manalah aku tahu nak beli barang kahwin bagai ni. Lahmak, tak naklahhhhh
"Get ready", Luth meletakkan telefonnya sebelum Hana sempat bertanya.
Kuajo lah mamat ni, aku tak sempat nak tanya Iyin ikut ke tak. Jadah apa aku nak keluar dua orang je dengan dia. Ah ajak je lah kan.
End of Hana's P.O.V
Hana keluar dari biliknya untuk mencari mangsa untuk diajak sekali survey bersama. Tetapi malangnya, tiada siapa dirumah pada waktu itu. Lalu dia menelefon ahli keluarganya yang lain. Jawapan yang dia dapat adalah "Pergi jelah sendiri, dah besarkan".
'Aku rasa diorang hantar aku pergi sekolah agama for a reason, tapi nampaknya mungkin diorang dah lupa, lantaklah, dosa aku korang tanggung'. Fikir Hana sebelum dia mula bersiap.
15 minit sahaja dia sudah siap, biasalah Hana, malas nak pakai cantik-cantik. Jadi siapnya sekejap sahajalah. Itu pun sebenarnya 15 minit tu dah kira lamalah tu. Keluar-keluar sahaja dia dari rumahnya, terus matanya terpaku ke arah kereta Alfa Romeo 4C milik Luth yang berwarna putih.
'Wush lawa gila kereta, seriuslah aku dapat naik kereta macam ni? Macam mana kalau dia ni cerewet? Tak boleh buat itu ini dekat dalam kereta dia? Aku ni dahlah comot? Alah, dia ni tak ada kereta biasa-biasa ke? Aku tak biasalah naik kereta lawa-lawa ni....', Berkerut dahinya dek overthinking yang tidak munasabah.
Suka ataupun tidak, Hana tetap perlu menaiki kereta tersebut. Dia pun melangkah dengan lemah ke arah kereta tersebut. Buka sahaja pintu, matanya terletak pula pada Luth yang hanya berhoodie dan berseluar jeans. Ringkas, tetapi masih menarik perhatian. Risau jika matanya tidak mampu dialihkan ke tempat lain, Hana pun mengambil tempat duduk di sebelah Luth dan matanya dihalakan ke arah kasutnya. Luth mula memandu.
'Bapak hensem, pakai hoodie je pun. Aku ni ha, kalau pakai cantik-cantik pun still nampak selekeh. Amende seh mamat ni. Aku pukul kang', fikir Hana sambil menjuihkan bibirnya dengan harapan Luth tidak nampak kerana kepalanya ditundukkan.
"Something's wrong?", tanya Luth.
"Takde pape", Jawab Hana sambil kepalanya masih lagi ditundukkan. Dia malu sebenarnya, siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan Luth yang tampan, kaya pula tu.
"You look nice", kata Luth tiba-tiba. Bukan untuk memecah kesunyian, tetapi memang dia nampak Hana cantik.
Hana memandang Luth sambil mengerutkan dahinya, bersedia untuk mempersoalkan perkataan Luth.
"Kau jangan nak hina aku eh, tak betul ke apa kata aku look nice, ke rabun? Spek kau mana?", Katanya sambil berpeluk tubuh.
Suasana di dalam kereta menjadi sunyi semula buat beberapa ketika sebelum raut wajah Luth berubah menjadi serius, well, memang dari tadi mukanya serius, tetapi mendengarkan kata-kata Hana, mukanya bertambah serius.
"You are, beautiful". Tegas suaranya.
"Ish, dahlah kau ni, sehodoh-hodoh manusia aku ni, kau boleh-"
"One more time, kau cakap kau buruk, you're not going home today", belum sempat Hana habis mengutuk dirinya, Luth mencelah, suaranya masih lagi tegas.
Terus terdiam Hana dibuatnya, takut dia akan diculik buat kesekian kalinya. Tak seronok pengalamannya diculik dahulu.
Luth's P.O.V
If only she can see herself through my eyes. Apa masalah perempuan ni? Kenapa self-esteem dia low sangat? I love her for reasons, her personality, her looks, her everything, I'm head over heels right now, and this girl can say yang dia hodoh? I really need to work on her self-esteem. She IS beautiful and she need to know it. And, lagi satu, aku tak berniat pun nak buat dia takut but I dislike it when she talk badly about herself. So yup, sorry love.
Ew, sejak bila aku macam ni? Selama ni aku tak kisah pun pasal orang lain. Haha.
"Apa yang lawak? Radio pun tak bukak, kau gelak kenapa?". Tanya Hana
Shit, did I just laughed out loud?
"Nothing, you are just pretty, that's all". Saja aku jawab macam tu nak tengok reaksi dia. And yup, she didn't believe it because she rolled her eyes as soon as she heard the word pretty but she kept quiet, mungkin sebab teringat warning aku kut. Cute!
God, I really should stop adoring her, at least until we get married.
YOU ARE READING
Cinta Culik Aku?!
Romance"Aku buat apa doh kat kau?!", Hana. "..........", Bro Penculik. "Aduh! muka hensem dah, menculik reti, bisu rupa-rupanya", Hana. Hana, gadis Melayu yang sangat carefree. Diculik oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yalah, nama pun kena culik. Penc...