Seriously, writer's block is soooo not a joke. Ni pun saya paksa supaya idea datang. Maaf ya semua, im a bad author. Terima kasih kepada semua yang stay tuned. I really love yall.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Fast Forward to Hari Pernikahan
Hana's P.O.V
Brooooooooo. Seriuslah aku dah nak kahwin? Berapa minit lagi Luth ucap akad. Ya Allah, aku dah nak jadi bini orang. Satu apa pun aku tak mahir lagi. Ya, memanglah dah pergi kursus kahwin, pastu? Kau ingat aku terus berpengalamanlah lepas pergi kursus kahwin tu? Aku dah lah makin lama makin awkward dengan si Luth ni. Hari tu pergi beli barang kahwin, dia yang beriya cari barang apa semua, baju kahwin kitorang pun dia yang decide sebab bakal bini dia ni tak reti satu hapaaaaaa.
Adoiii, macam mana ni? Mesti dia kecewa lepas kahwin sebab tahu aku macam mana. Nasib kaulah Luth, dapat bini tak guna macam aku ni.
Eh, apa aku ni? Kenapa fikiran-fikiran ni semua datang sekarang? Pergilah weh.
3rd person's P.O.V
Hana duduk bersama ibu dan saudara perempuannya di dalam masjid, tidak jauh daripada Luth yang berpakaian melayu berwarna cream, sedondon dengannya. Hana langsung tidak berani mengangkat kepalanya memandang Luth yang bakal menjadi suaminya yang sah dalam masa beberapa minit lagi. Sebaliknya, Luth yang berlagak cool itu mengerling ke arah Hana beberapa kali sehingga ditegur oleh ayahnya.
Luth's P.O.V
Hana ok ke tu? Kenapa setiap kali aku pandang dia, dia macam nak lari daripada aku? Like, dia tak nak pandang muka aku langsung. Ke memang adat orang Melayu macam ni? Ah payahlah adat-adat ni semua.
"Ha-", belum sempat dia memanggil nama Hana, Tok Kadi sudah menyeru namanya.
3rd person's P.O.V
"Luth Mikael bin Ahmad Masayuki?", tanya Tok Kadi.
"Ya saya". Jawab Luth dengan tenang.
Tok Kadi memberi khutbah dan seterusnya disambung oleh ayah Hana.
"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Nur Farhana binti Amin dengan mas kahwinnya bernilai RM300 tunai!"
Waktu yang ditunggu-tunggu oleh Luth telah tiba. Sementara itu Hana pula sedang berdebar-debar disebabkan kecelaruan emosi. Tak tahu nak rasa apa. Silap hari bulan, boleh pengsan dibuatnya.
"Aku terima nikahnya Nur Farhana binti Amin dengan mas kahwinnya berjumlah RM300 tunai". Dengan sekali lafaz yang tenang, maka termaterailah ikatan perkahwinan antara Luth dan Hana.
'Kalau aku pengsan sekarang boleh tak? Tak payah aku salam Luth', fikir Hana.
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, mereka telah memutuskan bahawa usai sahaja akad perkahwinan, Hana akan bersalaman dengan Luth. Ya, Luth yang beriya sedangkan Hana berat sungguh nak kata iya. (Ha, nampak tak rhyme?).
Ibu Hana mengembalikan Hana daripada khayalan dan bermacam-macam yang singgah di kepalanya sementara menunggu nak salam Luth.
"Hana, geraklah sikit ke depan tu, pergi salam suami kamu". Kata ibunya.
'Humanggaih, suami dah? Huwaaaaaaaaaaa takutnyaaaaaaaa Ya Allah', matanya berair-air mengenangkan bahawa dirinya sudah menjadi isteri orang. Bukan kerana tak suka, cuma dia rasa bahawa dia masih belum layak sepenuhnya untuk menjadi isteri orang. Luth pulak tu, dahlah hensem, kaya, kerja apa pun dia tak tahu. Ya Allah, banyak lagi dia tak tahu pasal Luth ni.
Sampai sahaja dia di depan Luth, dia terus menundukkan kepalanya. Tiba-tiba lantai masjid nampak begitu indah di matanya.
'Bila masa karpet masjid ni cantik sangat? Tadi biasa je aku tengok', Hana mengada-adakan perkara di dalam kepalanya supaya di tidak terlampau gemuruh.
"Hana?", Luth memanggil namanya dalam keadaan concern. Dia dapat melihat bahawa isterinya (Ya Allah author pun tak percaya Hana dah kawennnn) itu sedikit gelisah daripada tadi majlis bermula.
Hana masih tidak memandang tepat ke mukanya. Malu. Itulah apa yang dia rasa sekarang. Belum lagi nak salam tu, Luth baru panggil nama jantungnya rasa nak pecah. Dia hanya mengharapkan kulitnya yang agak gelap itu mampu menyelamatkannya daripada menampakkan kemerah-merahan dek malu, seperti selalu. Yalah, orang gelap ni kan susah nak nampak merah mukanya.
Luth mendapat idea bagaimana nak suruh Hana pandang tepat ke matanya. Mata terus tau, bukan muka dah.
"Hey, Angel". Perlahan dia memanggil Hana, supaya tidak didengari orang lain, boleh je kalau dia nak cakap kuat-kuat, dia peduli apa, mamat psiko kan, cuma dia kesiankan Hana yang macam dah nak pitam di depannya itu, takut Hana yang malu.
Terus laju Hana mengangkat kepalanya dan memandang terus ke mata Luth.
'Seriuslah dia panggil aku angel? Nak kena mamat ni, ya Allahhhhhh nasib baik dia tak cakap kuat-kuat'.
"Jom salam", Luth mengajak dengan nada yang comel. Cuba bayangkan, Luth, comel, kena tak? Takkan? Tapi demi Hana, dia sanggup membodohkan dirinya.
"Em-", belum sempat pun Hana bernegotiate, Luth menghulurkan tangannya, sambil tersenyum kecil. Masih menjaga perwatakan coolnya. Alah yang dia comel-comel tadi pun Hana je yang dengar, tu pun sekejap.
Nak tak nak Hana menyambut huluran salamnya itu supaya tak nak menambahkan kejanggalan. "Penonton" dah tunggu cukup lama dah Hana nak salam Luth.
Menggigil-gigil tangannya menyalam tangan suaminya itu, Luth pun dapat merasakan betapa sejuknya tangan Hana. Dia hanya mampu mengawal dirinya daripada ketawa kecil melihat perbuatan isterinya itu.
Semasa Hana mencium tangan suaminya itu (letak kat hidung je, malu punya pasal), Luth mencium kepala Hana yang bertutupkan tudung, sambil berbisik,
"You will always be my Angel"
Yang menyebabkan Hana mengalirkan air mata secara tiba-tiba. Dia pun tak rancang nak menangis, yalah, siapa je yang rancang bila nak nangis kan? Namun dikawalnya supaya tidak teresak-esak. Mulutnya dicebikkan sambil mendongak memandang ke Luth.
Luth akhirnya ketawa kecil juga sambil menarik Hana ke dalam pelukannya yang cuba ditolak oleh Hana kerana tidak bersedia lagi namun tidak berjaya, ahli keluarga kedua-dua belah juga terketawa kecil kerana melihat gelagat Hana. Terhibur, bukan mengejek, cuma apa yang dipertontonkan nampak comel sangat.
"Think about what you wanna call me after this. I already have one", Katanya sambil mengenyitkan mata dan menarik tangan Hana ke tempat persandingan pula.
YOU ARE READING
Cinta Culik Aku?!
Romance"Aku buat apa doh kat kau?!", Hana. "..........", Bro Penculik. "Aduh! muka hensem dah, menculik reti, bisu rupa-rupanya", Hana. Hana, gadis Melayu yang sangat carefree. Diculik oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yalah, nama pun kena culik. Penc...