Bunuh je lah aku ni. Tak payahlah nak sambung2 cerita ni lagi. Orang pun dah lupa cerita ni.
Ok, I just wanna say, I. Am. A. Terrible person. Sorry for being in an on and off hiatus for so long. Hate me but I love you all.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hana's P.O.V
Ok, sekarang ni dah 3 hari aku keluar dari hospital. Sepanjang tiga hari ni, sikit pun aku tak dengar pasal si Luth tu. Of course, aku berangan je. Takkanlah dia tu nak kat aku ni ha. Kiamatlah kalau ada orang nak kat aku ni pun, ok, dah boleh berhenti berharap. No one, wants you Hana, you can only dream. Okay? But actually, jangan dream pun. Kau jugak yang sedih nanti.
"Ting!"
Siapa pula mesej aku malam-malam ni? Aku bukannya ada ramai kawan pun. Kawan-kawan yang lama-lama dulu pun hilang entah ke mana. I mean, adalah a few yang aku still keep in contact. Tapi, dah lama lah tak main mesej-mesej ni. Hihi. Eh jap, terexcited pulak.
Hah? Unknown number? Siapa ni? Tengok jap apa dia tulis.
"Don't stop hoping. I'll come".
What the hell? Apa benda ni doh? Siapa yang main prank dengan aku ni?
"The hell are you?". Ha aku kalau stranger ni send benda pelik-pelik kat aku, memang taklah nak bermadah pujangga bagai.
"The one you've been waiting".
Wah confident benar ini makhluk.
Keesokan harinya,
"Hana! Bangun! Siap cantik cantik!", Farihin datang dan menggoncangkan badannya.
"Mmh, apa benda ni Yin? Pagi-pagi dah bising-bising ni?"
Farihin tidak mengendahkan kata-kata adik kembarnya itu dan membuka pintu almari yang terletak di hujung belah kiri bilik adiknya itu. Dia menilik satu persatu baju yang dipunyai adiknya itu. Setelah berpuas hati dengan baju kurung yang bercorak bunga kecil berwarna merah jambu dan bertanahkan warna coklat, dia mencampakkan baju itu kepada adiknya yang masih lagi dalam keadaan duduk melunjur kaki di atas katilnya dan masih lagi menggosok-gosok matanya.
"Nah! Pakai yang ni tau, cepat-cepat siap! Nanti aku panggil kau keluar bilik tau. Mmm, aku bagi kau lima belas minit untuk siap", lalu dia keluar meninggalkan adiknya yang masih terpisat-pisat dan terkelip-kelip mata memikirkan kucar-kacir sebentar tadi.
Tanpa membuang masa, dia pun terus bangun dan menuju ke bilik air yang menyambungkan antara biliknya dan bilik Farihin itu. Seusai mandi, dia terus memakai baju kurung yang telah dipilih Farihin sebentar tadi, dan mengenakannya dengan selendang lebar berwarna coklat pudar selepas memakai bedak di muka. Tak tahu nak make up macam mana, itu sahajalah yang dibubuh di mukanya.
Selepas lima belas minit berlalu, terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Hana membuka pintu biliknya dan berkata "Hey, you wanna come in?" -note the reference.
"Apa kau merepek ni Hana? Dah siapkan? Ni dah siap ke ni?", tanyanya sambil meneliti Hana atas bawah.
Hana menjulingkan matanya ke atas, "Dah siap lah ni, kau nak siap macam mana lagi Iyin? Dah lah suruh aku pakai cantik-cantik tibe-tiba lepas tu nak demand".
"Ah membebellah kau", Farihin menarik adiknya ke tingkat bawah menuju ke ruang tamu.
Sampai sahaja ke destinasi, Farhana menghentikan langkahnya dan mukanya berubah riak- pelik.
"Apa ni Yin? Ramai gila orang, ada apa?", berkerut dahinya menahan marah dan debar di dada. Entahlah, dia pun tidak tahu ingin menerangkan perasaannya ketika itu. Farihin hanya mendiamkan diri sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Farhana melepaskan tangan abang kembarnya itu dan berlari ke belakang rumah menuju ke wakaf kecil yang dibina oleh ayahnya sendiri ketika dia berumur enam tahun dan termenung di situ seorang diri.
Sedang dia merenung ke arah tanah mengingat kematian- ceh, over pulak. Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu belakang dibuka. Dia tidak mahu pun memalingkan mukanya.
"Apasal tak ada siapa bagi tahu aku pasal benda ni? Kau ingat kelakar ke Yin? Tiba-tiba orang datang masuk meminang aku. Entah siapa-siapa yang datang, aku tak kenal. Kau tahu kan aku suka orang lai-"
"And who the hell is that?".
Hana membulatkan matanya.
'Oh shit, ni bukan Iyin ni'. Dia cukup kenal dengan suara itu. Lagilah dia tak nak palingkan muka ke arah pintu.
"You heard me, who is it? Or who was it?". Siapa lagi kalau bukan Luth.
'Gulp'. Hana menelan air liurnya. Kini suara itu semakin dekat.
".....". Lama jedanya. Luth pun hanya mendiamkan diri menunggu jawapan daripada Hana.
"Kenapa was?". Itu soalan pertama yang keluar daripada mulut Hana setelah sepuluh minit mendiamkan diri. Tak tahulah kenapa tak ada siapa yang mencari mereka berdua ni. Padahal orang penting kut.
"Because if that person isn't me, I'll make him was". Tegas dan serius suaranya.
'Aduhhh apa aku nak jawab nihhh. Takkanlah nak cakap orang yang aku suka tu dia. Depan-depan pulak tuh. Lawak ek apa? Aku pun ada rasa malu lah woiiii'. Peluh dingin mula menjelma di dahi Hana.
"I'll go find that son of a-"
"Okay okay! Tch! Orang tu kau! Ish bencilah macam ni. Arghhh mana aku nak letak muka akuuu. Mana? Mana? Umiiii... Malunya akuuuuu. Dah lah tak nak cakap dengan kau dah. Dasar mamat narcissist". Hana membebel ingin menutup malunya sambil melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Luth yang sebenarnya sudah berada di belakangnya. Dia je yang tak perasan.
Luth tersenyum kecil melihat kerenah Hana.
'Hmm, no need to find someone to kill then'. Fikir Luth sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Cinta Culik Aku?!
Romance"Aku buat apa doh kat kau?!", Hana. "..........", Bro Penculik. "Aduh! muka hensem dah, menculik reti, bisu rupa-rupanya", Hana. Hana, gadis Melayu yang sangat carefree. Diculik oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yalah, nama pun kena culik. Penc...