SEJUK

167 11 0
                                    


Luth mengambil masa yang lama di dalam tandas. Niatnya ingin membiarkan Hana berseorangan di dalam biliknya tanpa melihat dia buat sementara waktu. Mungkin itu akan membuat Hana lebih... lega? Tanpa melihat Luth. Luth masih lagi rasa serba salah, dan tidak ada idea untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkannya sebentar tadi. Setelah lebih kurang 15 minit dia di dalam bilik air, dia mengambil keputusan untuk keluar. Hana masih lagi di tempat yang sama, tertidur di atas sofa, dalam posisi yang sama, cuma kepalanya disandarkan di tempat letak tangan sofa, masih memeluk lutut.

"Hana?", Luth cuba mengejutkan Hana, nak suruh tidur di atas katilnya, supaya dia boleh tidur di atas sofa. Namun tiada jawapan. Sekali lagi dia panggil, tapi masih tiada jawapan. Dia bergerak ke arah Hana.

"Hey", dia mencucuk bahu Hana dengan jari telunjuknya dengan perlahan. Cuba mendapatkan reaksi. Namun Hana tidak menunjukkan apa-apa tindak balas. Penat sangat agaknya, macam-macam jadi hari ni. Luth melutut di hadapan Hana dan menilik muka Hana. Timbul satu perasaan yang tak pernah dia rasa semenjak dia bertemu dengan Hana. Jantungnya berdegup laju.

"Selama ni kau cantik macam ni ke?", dia berbisik pada dirinya sendiri. Dia menilik dari mata Hana yang tertutup. Ada satu tahi lalat yang menghiasi kelopak mata sebelah kirinya. Lalu turun ke hidungnya yang mancung, elok terletak. Matanya terhenti di bibir Hana, dia menelan air liur, dia mendekatkan mukanya....

BANGG!!!

Bunyi pintu yang ditolak dengan kuat mengejutkan "penelitiannya". Dia menoleh ke arah pintu dan mendapati Farihin dan ibu bapa Hana yang terkejut melihat perbuatannya, ditambah lagi dengan Hana yang kelihatan sedang tertidur di atas sofa, dengan tudung yang sedikit tidak kemas.

'Fuck...', Luth menyumpah dirinya sendiri di dalam hati.

"Kau ni dah melampau!!!", Farihin menolak Luth dari duduknya membuatkan Luth terjatuh ke lantai. Nasib baik memang tengah menyangkung. Dia pergi mendapatkan adiknya yang nampak seperti tidur mati. Ayah Hana sedang cuba menahan diri daripada menengking Luth, risau jika suaranya sampai ke bilik lain dan mengganggu pesakit lain. Dadanya turun naik dengan laju. Ibu hana pula tergamam dan hanya mampu berdiri statik sambil menutup mulutnya dan menahan tangisan kecewa dari keluar daripada matanya.

"Hana! Bangun! Apa kau buat kat sini?!", Farihin menarik tangan Hana.

"Hey, stop-", Luth cuba menghentikan Farihin daripada mengasari adik perempuannya itu. Dia tahu yang tangan Hana masih lagi sakit kesan daripada genggamannya tadi. Dia menyentuh bahu Farihin.

"Kau jangan masuk campur!!", Farihin menolak Luth buat kesekian kalinya, tapi kali ini dia tidak jatuh.

"Ok! But no need to be so harsh to her! Aku tak buat apa-apa pun kat dia!".

'Well, more like tak sempat nak buat apa-apa actually', sambung Luth di dalam hatinya.

"Diamlah kau! Hana! Bangun! Apa yang susah sangat kau nak bukak mata ni?!", Farihin menggoncangkan badan Hana dengan kasar.

Kelopak mata Hana berkedip-kedip sedikit. "Sejuknya...", bisik Hana.

"Huh?", Farihin mengerutkan dahinya. 'Sejuk?', dia menjeling ke arah Luth dan meletakkan tangannya ke dahi Hana.

"Panas!", dia cuba membangunkan Hana dari duduknya dengan perlahan. Lalu mengambil selimut yang ada disebelah Hana dan kemudian menyelimutkan adik kembarnya itu.

"Umi, sini tengok Hana ni kejap", Farihin memanggil ibunya. Ibu, marah mana pun dia dengan anaknya, tetap dia kasihan melihat keadaan anaknya yang kelihatan lemah itu.

Bapa Hana hanya mampu memandang ke arah Luth dengan marah. Mendidih hatinya melihat apa yang telah berlaku kepada anaknya itu. Namun fikirannya masih waras daripada melakukan perkara yang bukan-bukan kepada Luth. Dia rasa bahawa perkara ini masih boleh dibawa berbincang. 'Mungkin Hana tak buat apa-apa?', fikirnya.

"Demam panas ni bang anak kita ni...", kata Puan Nadia kepada suaminya.

"Hmm, bawak dia balik bilik dia dulu lah". Puan Nadia mengangguk akur.

"Yin, dukung Hana masuk bilik dia, tak larat sangat umi tengok adik kamu ni nak bangun sendiri", Puan Nadia memandang ke arah Farihin.

Tanpa membuang masa, Farihin meletakkan adiknya itu di belakangnya dengan cara piggyback. Dia meletakkan tangan adiknya di atas bahunya dengan kemas, dan memegang kaki adiknya itu supaya tidak jatuh semasa dalam perjalanan nanti.

Pada masa yang sama, Luth bergerak mahu mendapatkan Hana, namun pergerakannya dihentikan oleh ayah Hana, Tuan Amin.

"Kamu tak payah sibuk, tunggu sini, ada benda yang pakcik nak cakap dengan kamu". Tegas suaranya. Luth, menghentikan pergerakannya dan melihat ke arah Tuan Amin. Dia hanya diam, menanti apa yang hendak dibincangkan sebentar lagi.

"Nadia, duduk sini dengan abang, benda penting kita nak bincang ni", isterinya hanya mengangguk dan melabuhkan punggungnya di atas sofa, dan diikuti oleh Luth.

Sementara itu di bilik Hana....

Farihin meletakkan adiknya itu dengan perlahan, takut sekiranya menyakitkan adiknya yang sedang demam panas itu. Walaupun dia yang mendukung Hana tadi, namun adiknya itu lebih berpeluh darinya. Dia mencabut tudung adiknya itu supaya dia dapat bernafas dengan baik sekaligus menurunkan sedikit suhu badannya. Namun terhenti seketika kerana tangan Hana menahan tangannya.

"Jangan...", kata Hana dengan lemah.

"Ish, apa kau cakap ni Hana, kau tengah demam teruk ni!", marah Farihin, tetapi dengan perasaan kasihan, tidak mahu adiknya bertambah sakit.

"Auratlah Luth...", masih lagi menutup mata lalu dia kembali tidak menyedarkan diri dan menyambung tidurnya.

Farihin tersentak seketika lalu tersenyum kecil. Barulah dia sedar yang adiknya tidak melakukan apa-apa dengan Luth berdasarkan perbuatan Hana sebentar tadi.

"Heh, aku Iyin lah, bukan Luth", katanya sambil mengusap rambut adiknya setelah dicabut tudungnya selepas dia kembali tidur. Hatinya sedikit luluh melihat keadaan Hana yang sangat lemah ini.

"Tak satu.. satulah kau ni Hana, ada je masalahnya....".

"Mmmh...", Hana meracau, mungkin rimas. Dia menggenggam tangan Farihin dengan lemah. Mungkin kesejukan. Farihin tergelak kecil.

"Nasiblah dapat adik comel". Dia menggenggam semula tangan Hana, memindahkan haba. Kalau ada orang nampak situasi ini, pasti disangkanya mereka ini pasangan kekasih yang romantis. Tapi memang sedalam itulah kasih sayang antara mereka berdua. Dia meneman adiknya hingga dia tertidur dengan kepalanya di sisi katil Hana, masih menggenggam tangannya.

Bilik Luth....

"Apa sebenarnya hubungan kamu dengan anak pakcik ni?", tanya Tuan Amin dengan dahi yang berkerut, tajam matanya memandang ke arah Luth.

Luth memandang ke arah lantai. Buntu. Tak tahu nak jawab apa. Dia tak ada apa-apa hubungan dengan Hana. At least not now. Dia yakin yang dia betul-betul sukakan Hana, tapi Hana? Sama ke? Macam mustahil je.

Tuan Amin mengeluh kuat.

"Haih... Luth, angkat kepala kamu, pandang pakcik ni, lelaki ke tak kamu ni?", sempat dia menyindir Luth.

Luth mengangkat kepalanya melihat ke arah Tuan Amin.

'Hmm... ikut muka mak dia', itu pula yang difikirkannya ketika ini. Dia menggelengkan kepalanya sedikit. Menyuruh fikiran itu pergi. Ibu bapa Hana memandangnya pelik.

"Kamu suka anak pakcik?"

Matanya Luth terus menatap semula mata Tuan Amin. Sungguh, soalan yang tidak disangka-sangka. Dia mengangguk perlahan. Entah kenapa dia malu. Dia mengetap bibirnya dengan kuat.

"Kenapa tak masuk meminang terus?", serius Tuan Amin bertanya. Isterinya pun terkejut membuatkan dia menepuk tangan suaminya itu dengan lembut,

"Abang....", marah isterinya.

Luth membulatkan matanya yang sepet itu dan menjatuhkan sedikit rahangnya yang tajam itu.

Cinta Culik Aku?!Where stories live. Discover now