Guysssssss sorry gila guysss, lepas sambung belajar dah tak ada masa nak update, lama gila saya tinggalkan wattpad ni guys, jadi sempena pkp ni, saya akan menggunakan masa ni sebaik mungkin!. Jadi, terimalah episod baru ni.
Bagi siapa yang dah lupa cerita ni, sorry beribu-ribu lemon.
#############################
Lalu bermulalah episod aku mengelak daripada Luth. It's not like that easy untuk aku bertembung dengan dia, different ward, different floor etc. Tapi aku ada sense yang kalau aku tak berhati-hati memang aku kan nampak dia. Aku selalu rasa aku diperhati, tapi bila aku tengok keliling aku, tak ada orang pula, so yeah, maybe I'm safe.
Tiba-tiba teringat pulak pasal apa yang Iyin cakap kat aku semalam. Suka? Cinta? Apa tu? Sama ke macam aku sayang family aku? Aku tak tahulah cintan cintun bagai ni. Aku bukannya jenis yang, orang buat baik sikit, dah perasan orang tu bagi perhatian kat aku. Like what the fish? Tingginya angan-angan seorang manusia. Kelakar kan? The moment orang tu bukakkan pintu untuk kau, terus kau fikir benda lain, 'uuu abang ni suka aku ke?'. Seddeyh weh seddeyh.
Tengah-tengah aku buat muka tu, tiba-tiba aku rasa ada orang sentuh bahu aku, more like... Cuit? Aku pun toleh. Lah... Nurse lelaki hari tu, jap jap jap, bagi aku ingat balik nama dia, hmm... hmm... Amir... Amir... Ha betullah Amir! Aku baru nak senyum kat dia, tiba-tiba teringat yang dia cuit bahu aku, eh budak ni, lebih-lebih pulak, nak aku pulak ke yang tolak dia masuk longkang. Eh, alamak, tiba-tiba teringat kat Luth pulak, kesian dia tak pasal-pasal jadi mangsa tuduhan buli aku. Ah, lantak pilah sama dia, sekarang ni aku kena settlekan si Amereka ni.
"Erm... Tangan tu keep to yourself okay? Tak payah nak cuit-cuit bahu orang perempuan sangat, bahu aku pulak tu". Kata aku sambil memandang tajam ke arah Amir. Kesian? Hmph, aku lagi kesian terhadap ketidakpedulian dia terhadap batas-batas sentuhan antara lelaki dan perempuan. Ceh, padahal Luth sampai pegang muka aku, tak ada pulak aku nak kecoh-kecoh macam ni. Haih, hipokrit ke aku ni? Tapi aku marah, bukannya tak marah.
"Oh, sorry! Heee...". Barulah dia lepaskan tangan dia sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Ish, apasal aku marah sangat dengan mamat ni? Dia tak buat salah apa pun kat aku. Yucks lah dengan diri sendiri, nak kata period, tidak. Nilah susahnya jadi orang perempuan ni.
"Mmmm... Awak buat apa kat sini? Dah rasa okay ke?". Tanya Amir sambil tersenyum manis. Okay, aku kena kawal emosi aku, entah apalah yang rasuk aku tadi. Oh, kat hospitalkan banyak hantu. Aku berdehem dulu sebelum menjawab soalan dia.
"Adalah okay sikit ni ha. Okaylah daripada lepas terjaga hari tu, nak jalan pun tak boleh. Lagipun, saja jalan-jalan ni ha, nak latih balik kaki ni. Bosanlah duduk je dalam bilik tu. Kat luar ni mana tahu boleh cuci mata. Heh". Kata aku sambil tersenyum... Nakal? Yucks, hahaha. Takdelah, saja nak kurangkan tension antara aku dengan dia.
"Oh, ha eloklah tu, awak dah jumpa saya ni, dah TERcuci tak mata tu?". Kata dia sambil tersengih-sengih lagi. Eh budak ni, nak main cia-cia-cia dengan aku ke macam mana? Wah, ni kena counterback ni. "Eh, dengan kau cuci mata buat apa, dengan kau cuci hati". Kata aku dengan muka tak ada perasaan sambil pandang ke kasut dia. Aku tunggu balasan dari dia, lama sangat aku pun angkat balik muka aku pandang dia, Ah sudah, budak ni tergamam pulak...
"Hoi, aku gurau woi aku gurau. Aduh... kau yang mula main ayat dulu, aku pun balaslah balik. Lah... ingatkan terer. Weh, aku betul-betul gurau je tau". Masih tak ada apa-apa balasan. Dia hanya membesarkan mata sedikit, dia pandang aku sambil tergelak kecil. "Comellah awak ni..." Dia berhenti sekejap, sambil tenung aku, lepas tu dia sambung, "....Nur Farhana Amin". Eh dah apahal dia sebut nama aku, dan lebih menakutkan, kenapa dia tahu nama penuh aku. Aku pernah jumpa dia kat sekolah dulu pun sekali je kut, tu pun masa "selamatkan" dia dari Luth dulu. maklumlah, sekolah besar.
Aku kerutkan dahi aku, "Apa benda kau merepek ni? Buta ke? Siap nak sebut nama penuh, mana kau tahu nama penuh aku pun aku tak tahulah". Sambil cakap tu aku julingkan mata ke atas. "Mestilah, bakal soulmate". Perlahan je dia cakap tu. Tapi macam aku dapat tangkap, dia cakap soulmate ke? Aku bulatkan mata aku. "Hah? Eh tak betullah kau ni. Dah ah". Aku tinggikan sikit suara, sikit je, memandangkan tu hospital dan aku pun berlalu pergi dengan muka yang menahan marah. Kalau tak tahan aku, memang dah tumbuk dah dia tadi.
......
Sementara itu,
Luth's P.O.V
"That kid got some nerves huh?". Aku cakap kat diri sendiri. Dari tadi aku perhati je budak nurse lembik tu flirting dengan Hana. Yang Hana ni pun, jalan-jalan macama dah fully recovered dah kenapa? Elok je pulak tu hang dengan budak tu tengah-tengah jalan. Kalau kena langgar, jatuh macam mana? Hati aku jugak yang susah. Heh, aku pulak yang tersenyum sorang-sorang. Teringatkan dia pun aku dah messed my own head to this extend. Gilalah aku ni.
The fact that I can only look for her from afar made my heart do ache a little. Yelah, lepas apa yang aku cakap kat dia hari tu, apa yang aku perlu expect? Sambung stalk lah, hahaha. Out of nowhere, adalah dua tiga nurse kat situ yang lalu-lalang dok usyar aku. Sambil tersengih, semak ah. "What?" Aku tanya dengan nada yang mendatar dan mata yang tajam, well, aku tengah tak puas hati, whaddya expect? Diorang terus tunduk dan berlalu dengan gelabah. Aku hadiahkan smirk kat diorang.
Aku tengok-tengok je balik kat diorang, Hana dah marah budak lembik tu lepas tu dia blah. Ooooh, you don't get to mess up with my girl you son of a bitch. Aku apa lagi tanpa berfikir panjang, terus meluru ke arah budak tu yang tengah tersengih-sengih macam mamat psycho. Well, psycho aku dengan dia lain, aku takkan pernah sengih bodoh macam ni.
"Kau buat apa kat Hana huh?!".
"Ooo... Stalker dah tunjuk mukalah. Sayang, your little lover girl dah pergi, baru kau nak datang?". Dia kata sambil senyum merendahkan aku.
"What the fu-"
"Heh, born coward huh?"
Wow, budak ni kelakarlah. Menyesal pulak aku tolong dia dulu. Hmm.. nak beat him to death ke tak? Macam tak worth it. So, yeah, lepaskan jelah. Heh, as if.
"This coward will let you pass just this time, so, appreciate". Kata aku sambil berlalu pergi.
"Kau ingat dia buat kau sorang je ke yang gila?". Dia sempat bisik kat aku masa aku lalu kat sebelah dia, dan aku dapat rasa dia senyum menyeringai sambil cakap tu.
Belum sempat aku nak balas, dia dah blah, sambil bercakap-cakap dengan sorang nurse perempuan. Mungkin tak nak aku serang dia, look who's the coward now?
YOU ARE READING
Cinta Culik Aku?!
Romance"Aku buat apa doh kat kau?!", Hana. "..........", Bro Penculik. "Aduh! muka hensem dah, menculik reti, bisu rupa-rupanya", Hana. Hana, gadis Melayu yang sangat carefree. Diculik oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yalah, nama pun kena culik. Penc...