"Apa?! Kahwin?!", Hana tidak percaya dengan apa yang dia dengar dari mulut bapanya itu.
Tuan Amin hanya mengangguk sambil berpeluk tubuh sebagai balasan. Sesampai sahaja dia ke bilik hospital Hana, terus diberitahu apa yang dibincangkan dengan Luth sebentar tadi. Buat apa nak berahsia, nanti Hana juga yang kena kahwin? Itulah yang difikirkannya.
"Abah! Apa ni?! dahlah Hana baru bangun dari pengsan... eh pengsan ke? Whateverlah! Ish yang penting benda ni tak masuk akal langsung. Dengan Luth pulak tu!", Hana tidak dapat mengawal emosinya. Baginya, dia sudah dewasa, perkara-perkara sebegini tidak perlu dikawal oleh bapanya. Dia yang sepatutnya membuat pilihan.
"Haah! Dengan Luth pulak tu. Dia tu kawan Iyin tau!", sambung Farihin pula.
"Apa yang tak masuk akalnya Hana? Hana tu dah besar, kena kahwin, lagipun macam abah cakap tadi, Hana yang nak pergi Korea, kalau tak nak kahwin, tak payah lah sambung belajar ke sana". Sedikit mengugut Tuan Amin memberi penjelasan. Terdiam Hana dibuatnya.
Hana's P.O.V
Wah main ugut-ugut. Alaaa seriuslah kalau aku tak kahwin tak boleh pergi Korea. Tapi sebelum ni pun abah memang tak nak aku sambung belajar ke Korea. Ni je peluang aku nak pergi sambung belajar kat sana. Ish. Dengan Luth? LUTH?! Takutlah...
"Dia tak suka Hanalah abah. Apa abah ni paksa-paksa orang lain kahwin dengan Hana". Kata Hana sambil memuncungkan bibirnya.
"Mana kamu tahu?", tersenyum kecil Tuan Amin dibuatnya.
"Bah, orang gila je yang suka Hana ni".
Terus dia merasakan tiga pasang mata sedang memandangnya dengan sangat tajam.
"Upps, heeeee", dia hanya mampu tersengih apabila menyedari apa yang dikatanya tadi adalah salah.
Eh, alah salah ke aku cakap? Yalah, mana ada orang nak kat aku pun. Eh jap, tapi Luth tu memang gila pun. Omaigodddd. Eh jap, tak baiknya aku ni, dia depression je, bukannya gila. Dasar kolot punya Hana.
End of Hana's P.O.V
"Esok Hana dah boleh keluar kan?", suara ibunya memecah kesunyian.
'Thank Umi! Ai lebiu so maj!', terus dia angguk kepada ibunya dengan laju. Janggal rasanya senyap sangat tadi. Tension betul masing-masing.
"Esok Farihin ambil Hana pukul 8 pagi la eh, malam ni dah boleh kemas-kemas barang", sambung ibunya lagi.
"Ok umi!", katanya sebelum mereka semua pulang ke rumah, meninggalkan Hana seorang diri.
Hana's P.O.V
Gila ke apa mamat tu? Kenapa dia nak kahwin dengan aku? Wait, jap jap jap, dia tak kata pun dia setuju ke tak kan? Hmmm... eh, asal aku sedih ni. Hahaha, bengong-bengong jelah. Bukannya aku suka dia pun kan? ...... kan?
.............................
.............................
...........................
No shit sherlock, aku suka dia? What in the world? Nononononononono. Tak boleh tak boleh tak bolehhhhhh. Gila ke aku ni? Dia culik aku kot? Tapi dia tak buat apa-apa yang teruk pun kat aku. But dia still culik aku! Tapi... tapi... huwaaaa. Apa niiii tak sukalah macam ni. Ni ke perasaan ada crush? Yucks, menggelikan. Dah tau geli kenapa aku still suka dia? Bodoh lah aku niiii. Oh my god, aku suka dia. Kahwin? Aku kena kahwin dengan dia? Ye ke ni? Jap jap aku still tak yakin yang aku suka dia. Fikir buruk pasal dia, fikir buruk. Hmm... dia hensem, tinggi, putih- eh buruk lah, ni dok puji ni!, ok, ok, buruk, hmm... psycho? Depressed? Bipolar? I don't know a little bit possessive... but I kinda like it? Ok, yup, aku suka dia.
The hell Hana? Tapi takkanlah dia nak kahwin dengan kau. Kau pun perangai selenga je. Dah lah bising. Kahwin? Beratnya tanggungjawab. Aku tak kenal pun dia macam mana. Dia suka apa, dia tak suka apa. Nanti macam mana kalau apa yang aku suka dia tak suka? Dan sebaliknya? Lagipun aku ni siapalah sangat. Cantik pun tidak. Dari kecik asyik kena ejek je. Buruklah, gemukla, hitamlah, apalah. Mana ada orang nak kat aku ni. Hmm... mana ada orang nak suka kat aku ni. Orang buta je, orang gila... orang tak betullah senang cerita. Haha, berharap jelah Hana. Kau tak layak nak suka orang pun at the first place. Sedarlah diri tu sikit.
End of Hana's P.O.V
Tanpa sedar, Hana sudah mengalirkan air matanya. Perasaan itu datang kembali. Perasaan yang sangat dibencinya tetapi dia tak akan pernah dapat tinggalkan. Perasaan itu akan kembali setiap kali dia mula tertarik dengan seseorang. Mengingatkannya semula bahawa dia tidak berhak jatuh cinta dengan orang lain, apatah lagi dicintai semula. Kerana itulah, dia tidak pernah suka sesiapa dengan sebetul-betulnya, setiap kali matanya sudah mula memandang seseorang yang berlainan jantina, rasa itu akan menjelma.
Ya, Hana risau, dia tidak dapat mencintai seseorang dan dicintai semula kerana dia sendiri tidak mencintai dirinya.
Dan alasan dia menangis di rooftop adalah kerana rasa itu datang tiba-tiba semasa dia sedang melihat gambar-gambarnya di telefon bersama rakan-rakannya dan saudara-maranya yang dilihatnya sangat cantik. Jauh berbeza bagai langit dengan bumi jika hendak dibandingkan dengannya. Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa itu datang kembali. Mungkin kerana dia sudah mula membuka hatinya kembali? Untuk Luth.
YOU ARE READING
Cinta Culik Aku?!
Romance"Aku buat apa doh kat kau?!", Hana. "..........", Bro Penculik. "Aduh! muka hensem dah, menculik reti, bisu rupa-rupanya", Hana. Hana, gadis Melayu yang sangat carefree. Diculik oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yalah, nama pun kena culik. Penc...