Assalamualaikumwarahmatullah.... "Oh mak kau! Eh kau ni memang kat sini ke daripada tadi?!". Terkejut doh aku mamat ni tiba-tiba muka dia muncul sebelah aku. Bukan main rapat lagi muka aku dengan mamat ni masa bagi salam tadi. "Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau!". Haishh, mamat ni kalau aku cakap bukan faham pun. Ni yang dia buat mata kucing dalam gelap ni kenapa? Takkan sedih tiba-tiba. Aku ni lagi lah sedih tau! Sembahyang tak beralas apa-apa. Lantak kaulah nak sedih ke apa.
"Hands". Hah? Aku buat muka pelik. Tiba-tiba dia keluarkan tali yang entah dari mana datangnya. Lah.. nak ikat aku balik ke?. "haihh.. kau ni,tak ikat tak boleh ke? Sakit tau tak? Kau ikat dah lah ketat. Entah persatuan pengakap manalah yang kau join dulu. Eh kejap, dekat Jepun ada kem pengakap ke?". Aku hulur jelah tangan, sat lagi kalau aku tak bagi mahu dibunuhnya aku nanti? Tak gitu cik Kacom?
Okay, tangan dah ikat dah. Yang dia ada lagi kat depan aku ni dah kenapa? Tadi muka macam nak nangis. Lepas tu mintak tangan aku nak ikat. Ni apahal dok tenung je kat muka aku ni? Alahai penculik ni. Dah lah handsome, tak ke zina mata kalau aku dok pandang dia nanti? Eh, eh! Melalut pula aku ni. Haish.. aku nak balik. Mesti semua orang tengah risau sekarang. Eh mamat ni, blahlah! Tengok muka engkau bukan dapat makan pun. Haih, cakap pasal makan, ya Allah.. laparnya aku! Eeeeee aiii geramnya aku tengok muka dia! Rasa nak sepak je. Ceh, aku ni cakap je bolehlah. Kalau buat betul-betul tak ke naya. Berkerut-kerut ni muka aku pandang dia ni,
"Aku buat apa doh kat kau?!". Senyap je mamat ni. "Aduh! muka hensem dah, menculik reti, bisu rupa-rupanya". Heh, aku ni kalau tak sebab dia tak reti cakap Melayu, memang taklah mulut aku bergerak aktif macam ni. "Weh, apasal kau culik aku eh? Aku ada buat salah ke? Aku kenal kau pun tak. Nak kata kau nak jual organ aku, dalam rumah kau ni aku nampak kau sorang je". Senyap lagi, masih merenung muka aku. "Eh kau ni pandang-pandang aku lempang pakai selipar Jepun kang, terus kembali kau ke tempat asalmu". Seronoklah pulak dapat bajet terer dengan orang jahat ni. Dia gerak sikit dekat dengan aku, alamak, dia nak buat apa ni? Takkanlah dia faham apa aku cakap.
"Grukkkkkk". Alamak aih perut ni buat hal pula. Malu aku weh malu! Tengah kena culik boleh pula sibuk dengan lapar. Mamat ni buat muka pelik dah ni. Eh, dia ni tengah tahan gelak ke apa? Aih, dasar perut tak boleh diharap! Harapkan pagar, pagar makan padi betul!. "Tahan gelak pula kau eh? Orang tengah kebulur ni. Kau boleh gelak? Bukan nak bagi makan ke apa. Karang kalau mati aku ni sia-sia je kau bersungguh-sungguh kejar aku nak culik tadi. Food!!!! I want food!!!". Hahaha suka hati aku je kan. Aku pula nak tergelak tengok muka terkejut dia bila aku menjerit. Ah! Aku peduli apa, aku dah lapar.
Hah, bagus! Keluar pun dia dari bilik ni. Tu je yang aku nak. Di samping nak cakap yang aku lapar, aku nak dia keluar dari bilik ni. Kalau tak dapat makanan pun tak apa, asal kitorang tak berdua je dalam bilik ni. Tu je. Kena culik duduk serumah ni pun aku dah rasa berdosa yang amat, apatah lagi sebilik macam tadi. Haahlah, berdosa kut. Alah, mamat tu mana tau dosa pahala. Dia bukan Islam pun aku rasa. Yalah, perfect sangatlah tu, muka bukan muka Melayu, kerja menculik. Hah, apa dia kisah kalau masuk neraka pun. Uish, judgemental sungguh aku. Sorry, sorry.
"Krek....". Alahai mamat ni apa lagi dia nak main-main pintu ni?. Eh, dia bawak makanan lah, seriously? Haish.. penculik jenis apa macam ni? Bagi aku solat, siap bagi aku makan lagi? Fabi ayyi alaa irobbikuma tukazziban betullah... Tapi, aku tetap tak boleh selesa. Macam mana aku nak makan? Tangan berikat? Takkan dia nak suap kut? Ewww.. aku lebih rela mati kebuluran daripada kena suap dengan lelaki. Ajnabi tu!. Apa dia bawa tu ek? Uwahhhh! Onigiri, buat sendiri pula tu. "Hahahahaha!!!". Eh, apasal mamat ni pandang aku pelik? Alamak, aku tergelak betul-betul ke tadi? Aku ingatkan aku fikir dalam otak je. Mampus aku! "Eat". Fuhh.. nasib baik dia tak buat apa-apa. Hah? Apa dia cakap tadi? Eat?. Macam mana aku nak eat ni??????
YOU ARE READING
Cinta Culik Aku?!
Romance"Aku buat apa doh kat kau?!", Hana. "..........", Bro Penculik. "Aduh! muka hensem dah, menculik reti, bisu rupa-rupanya", Hana. Hana, gadis Melayu yang sangat carefree. Diculik oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yalah, nama pun kena culik. Penc...