Hahahaha! Baiknya Aku. Ceh, padahal dah berapa Bulan Aku tinggalkan cerita ni. Sorry guys. Sorry sangat2 kerana menjadi manusia Yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, Aku akan belanja banyak2 Bab sebagai tanda maaf.
------------------------------------------
Aku peninglah macam ni. Semua orang nak tinggalkan Aku dah kenapa? Haih.. nasib baik dah biasa sorang-sorang. Masa sekolah menengah dulu pun Aku sorang-sorang jugak. Heh, nampak Aku macam ni kan? Aku ni jenis tak kisah ada kawan ke tak. Sebab tu Aku ni kawan datang dan pergi.
Ah, boring lah asyik terbaring je! Jalan-jalan kejap lah. Dah lah tak ada siapa teman Aku kat sini. At least kalau Aku jalan kat luar Tu manalah tahu jumpa doktor atau nurse handsome ke. Huhuhu. Kalau ada rezeki dapatlah aku pancing satu bawa balik rumah.
Hah! Pergi bilik si psiko tu lah. Peduli apa Aku kalau dia tak nak jumpa Aku. Hehehe... Eh, tak payahlah. Aku ni dah kenapa sibuk-sibuk nak pergi jumpa dia? Hana, kau dah lupa ke apa yang dia dah buat kat kau? Okay disebabkan itu, Aku cancel program nak pergi melawat dia. Nanti macam tak betul pulak anak dara pergi melawat anak teruna. Uwekkk. Goli mak aih.
Well, Aku tengah jalan kaki nak ke.... Entah. Ikut jelah mana kaki aku bawa Aku. Hurmm... Aku marah si psiko tu ke? Ego? Eh, kalau tak ego pun kenapa nak kena lawat dia pulak? Oh, lupa pulak dia selalu lawat Aku. But, apa guna dia lawat Aku? Iyin kata dia selalu lawat Aku tiap-tiap hari. Kesian dia, mesti dia rasa bersalah. Padahal Aku yang sengal pergi selamatkan dia. Haha. Eh, sengal ke tu? Lantaklah.
"Bukk!". Aduiii apa benda Yang aku langgar ni? Oh, trolley makanan. Eh, trolley makanan siapa pula ni? "Cik, cik ok ke?". Hah? Aku ok? Ok tak rasanya? Tapi sakit jugaklah kaki aku dilanyaknya. Tapi takkanlah nak cakap sakit kan? Muka punya gengster kena langgar troli pun sakit ke? Aku pandang muka dia.
"Hah? Ok, ok sangat ni. Sorrylah sebab langgar troli ni. Heee...". Fuh, handsome sia mamat ni. Eh, dia nurse lah. Haih.. kenapalah lelaki yang aku jumpa semuanya lagi cantik dari aku? Dan, kenapa dia pandang aku pelik?
"Hana?". Ah sudah... Mana pulak dia tahu nama aku ni? "Nur Farhana Amin?". Perghhh... Nama penuh disebutnya. Aku tak taulah pulak kat hospital Ada pakai bomoh. Aku dongak pandang muka dia. Aku tak cakap Aku pendek. Just dia je yang tinggi sangat. Aku angkat kening sebelah.
"Hehe, mesti awak pelikkan?". Eh mamat ni, boleh pulak dia gelak kecik kat Aku. Nasib baik hensem. Tapi muka adik-adik sangatlah dia ni. Sorrylah dik, akak bukan taste budak kecik. Eh, apa benda Aku merepek ni. "Ah... Kalau boleh tanyalah, adik ni siapa ya?". Suka hati Aku je kan panggil dia adik? Huhuuu.
"Adik?". Dia kerut dahi tengok Aku. "Hahahaha... Haih. Awak ni tak pernahlah berubah dengan spekulasi awak tu". Eh, biadap budak ni panggil aku awak. Aku kakak kay, kakak!. Dia berhenti gelak dan pandang tepat ke mata Aku. Ish, budak ni, kecik-kecik dah pandai buat zina mata.
"Serius awak still tak kenal saya?". Ah, main tarik tali sangatlah budak ni. Baik Aku blah daripada buang masa. Maka Aku pun mengangkat kaki berlalu pergi. Tiba-tiba Aku rasa orang tarik robe Aku. Eh, tarik? Okay, budak ni dah lebih. Aku rentap robe Aku dan aku dah mula nak maki dia.
"Okay, okay. Sayalah, Amir Firdaus, budak yang awak selamatkan masa kita kat sekolah menengah dulu". Oh? Ya ke? Wah... Hidup lagi budak ni. Aku tak cam pulak muka dia. Heh, jangankan nak cam, kenal pun tidak. Ni pun rasanya baru pertama kali Aku dengar nama dia ni...
YOU ARE READING
Cinta Culik Aku?!
Romance"Aku buat apa doh kat kau?!", Hana. "..........", Bro Penculik. "Aduh! muka hensem dah, menculik reti, bisu rupa-rupanya", Hana. Hana, gadis Melayu yang sangat carefree. Diculik oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yalah, nama pun kena culik. Penc...