Baiklah anak-anak semua, hari ni aku nak buat sesuatu. Aku dah tak nak lagi terperap dalam rumah. Almaklumlah, tengah cuti sem. Sebenarnya, aku ni bukanlah suka keluar sangat, tapi tulah, kalau dah asyik duduk je dalam rumah mau jadi daging perap nanti. Karang terbengkalai je aku kat rumah. Kalau mati pun tak ada siapa tau agaknya. Okay, itu over sangatlah over. Ada je orang kat rumah kalau aku mati. Masih lagi dalam lingkungan over.Ah! Whateverlah! Aku nak keluar!.
"Umi! Hana nak keluar tau!". Minta kebenaranlah dulu. Barulah boleh poyo-poyo anak solehah. "Hmm. Tanya abah kau". Alahai.. ni yang malas ni. Kalau mintak mesti tak bagi punya. Oh, tengok sisi positif?. Okay, aku postif yang abah tak akan bagi aku keluar. Kejap, kalau macam tu baik aku ajak Iyin sekali. Iyin? Oh, itu nama manja kembar aku tulah. Farihin remember? Ambil belakang "ihin" tu sikit. Tukar jadi cute "Iyin". Muahaha. Hilang dah ke"cool"an beliau. "Yin! Jom keluar dengan aku". "Hah? Jalan mana?". "Alah jalan-jalan kaki keliling taman". "Hah? Jalan like, literally jalan?". "Iya-iyalah. Ap-apaan aja kamu sih". "Lah, aku ingat jalan pergi mana. Malas lah". Cis! Tara guna punya abang. Dasar pemalas. Lemak banyak. Double chin!.
Apa boleh buat, kenalah redah juga tanya abah.
"Abah, nak keluar kejap boleh?". "Hah? Pergi mana?". "Jalan-jalan keliling taman je". " Hah, yelah, jangan main jauh-jauh". Wah, ini sangat mengejutkan hati dan nurani. Bukan senang abah nak kasi aku keluar dengan sesuka hati beliau. Hal ini kerana beliau adalah seorang bapa yang sangat berhati-hati. Bapa paranoid, jangan jadi sembarangan bapa, jadilah bapa dettol. Ini sudah bagus.
Lalu aku pun berjalan keliling taman. Jadi, marilah aku sambung bercakap eorang diri. Basikal? Ada, dah rosak. Si Farihin tu punya pasallah. Bawa tak reti nak helok-helok. Kerjanya melanggar batu je. Ingat basikal tu murah?. Actually, tu basikal cabutan bertuah. But still!. Hmmph, tak apalah, bukan rezeki dia nak hidup lama. Yalah, manusia ni mati bila rezeki dia dah tak ada. So, orang kat luar sana yang asyik cakap tak ada duit, tak ada duit tu, eloklah berhenti. Kot-kot dibuat esoknya kau mati, hohoho. Eh salah, salah. Sob..sob..
Eh, dah sampai taman lah kaki aku bawa aku. Tapi apasal daripada tadi aku rasa tak sedap je ni ek? Tengok belakang tak ada apa-apa pun. Dan, kenapa taman ni macam lengang. Eh, taklah, ada budak kecik sorang dua kat galang gol. Apalah yang diorang main tu agaknya? Aku sedih, aku nak adik. Dulu aku minta adik kat umi aku, dia kata "nanti umi belikan Hana anak patung besar Hana eh". Like, seriously umi? Walaupun aku masih kecil masa tu tak bermaksud aku ini senang digula-gulakan. Dimanis katakan. Aku suka sangat dekat budak-budak. Walaupun diorang tak suka kat aku. Mana taknya, aku kalau pergi rumah saudara-mara aku, baru nak dukung anak sedara aku dah melalak macam nak putus nyawa. Heart is hurt man, heart is hurt.
Seronoklah pula jalan sorang-sorang macam ni. Walaupun ada mata-mata memandang pelik perbuatan aku ini. Terasa dunia ini ana yang punya. Dapat juga aku bakar lemak daripada dok terperuk je dekat dalam bilik sambil layan youtube, tengok anime, baca manga, layan BTS, cis, cerita pasal BTS. Tak guna punya kawan-kawan mempengaruhi aku. Dulu punyalah aku kutuk sekarang tak boleh lepas. Ni aku tengah dengar lagu diorang lah ni sambil jalan-jalan ni. Haish.. tak bagus betullah minat diorang ni, ketagih tau tak. Dah lah live selalu auto-tune je. Pernah sekali tu masa aku dalam kelas aku ternyanyi lagu ni sambil salin nota. Hamagad! Memang malu gila sebab aku nyanyi kuat, lama pula tu. Kawan-kawan yang lain pula macam hawau tak tegur.
Weh, seriously, aku risau pulak sekarang ni. Apasal Honda City warna Silver ni (detail tak? Hehe) asyik ikut aku daripada tadi. Aku rasa memang daripada tadi dialah yang ikut aku tu. Nak buat apa ni ek? Alahai.. time-time macam nilah jalan ni lengang. Kenapalah aku tak stay je dekat taman permainan tadi join budak budak tu main dekat galang gol tadi. Eh, kalau aku join pun nanti budak-budak tu lari. Yalah, kaklong kawasan datang. Ya Allah selamatkanlah aku daripada segala bala bencana.
Eh? Kereta ni berhenti seberang jalanlah. Jeling sikitlah. Alahai, apa gilalah mamat tu pakai hoodie siang-siang panas ni? Dia ingat kat luar Negara? Eh, apasal dia tenung aku ni?. Okay-okay, jangan gelabah. Think Hana think! Okay, dalam kiraan lima, lari!
Satu, dua, tiga, lari! Tadi kata lima kan? Hah tulah, mula-mula nak relax je sekali tia-tiba gelabah da... toleh kejaplah. Hah?! Mak! Dia kejar aku! Alamakaih apasal pulak ni. Aku ada buat salah dengan sesiapa ke? Ke sebab aku keluar jalan-jalan sorang-sorang? Huwaa! Dia ni siapa pulak? Penjual organ ke? Jangan dia nak seludup aku pula sudahlah.
"Tolong! Ada orang kejar!". Eh, makin laju pulak mamat ni kejar. Ke aku yang lari lambat? Haahlah, aku lari memang lambat. Dari dulu lagi. Matilah aku macam ni. Perasaan ni sama dengan masa aku kena kejar anjing dulu. Masa tu aku hampir terjatuh. "Tolong!" aku jerit lagi. Masalahnya, tak ada siapa yang dengar. Alahai, nilah dia, rakyat Malaysia, duduk je dalam rumah. Ya Allah, tolonglah! Aku dah menangis dah ni. Takutnya aku, apa salah aku dengan mamat ni? Mana aku nak menyorok ni?
"Stop running...". Alamak! Dia dah pegang bahu aku. Dia ingat aku nak ikut cakap dia ke macam mana ni? Lajunya dia ni. Dulu kena sambar kilat ke apa? Aku pandang dia, masalahnya belum sempat aku toleh dia dah tekap muka aku dengan kain putih. Hah, aku tahu nak buat apa. Tahan nafas, jangan bau. Selalu aku tengok tv orang kena culik pengsan bila bau kain ni. Entah apa-apa diorang letak. Masalahnya berapa lama aku kena tahan nafas. Struggle gila aku sekarang ni. Dia grip tangan aku kuat gila ni. "Kau nak apa hah?!". Alamak! Bodohnya aku bercakap pula... sekarang ni, apa yang aku tahu, pandangan aku semakin gelap.
RqJL"
YOU ARE READING
Cinta Culik Aku?!
Romance"Aku buat apa doh kat kau?!", Hana. "..........", Bro Penculik. "Aduh! muka hensem dah, menculik reti, bisu rupa-rupanya", Hana. Hana, gadis Melayu yang sangat carefree. Diculik oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yalah, nama pun kena culik. Penc...