Aduh... mana dia nak bawa aku ni? Hah? Turun tangga? Tak pernah aku turun tangga ni, selalu kat tingkat atas je... aku dah cuba dah tarik tangan aku tapi mamat ni tak lepas-lepas, mamat ni yang uat sangat ke.. aku yang lembik? Takkanlah aku yang lembik, taekwondo black belt kot aku ni. Wah, cantiknya rumah ni! Tapi sayang, yang duduk dalam rumah ni psiko. "Bro, where are you taking me ah?". Haram.. memang taklah nak dijawabnya. "I'll follow you lah, just let go of my hand". Dia berhenti. Dia pandang aku dengan kening naik sebelah. Mungkin dia tengah fikir, boleh percaya ke budak ni?
Dan dia meneruskan perjalanan seperti biasa. Dia bagi senyuman 'in your dream' kat aku. Eh! Dah berhentilah... apasal berhenti ni? Aku tengok sekeliling aku. La... dia bawa pergi ruang tamu je. Eh, kejap. Ini boleh jadi peluang aku nak lepaskan diri ni! Heh. Heh. Heh. "Sit". Hah? Dia suruh aku duduk? Duduk mana? Atas sofa? Atas lantai? Aku pandang dia minta kepastian. "Sit down!". Amboih! Ditengkingnya aku. Ah, bantailah duduk atas lantai! Dah biasa lagipun. Dia pandang aku pelik.
Dia gerakkan tangan dia ke atas. Apa benda yang dia nak? Aku dah duduk, apa lagi? "Kau nak apa gila? Aku lempang kepala kau kang, apa tak dapat". Ceh, orang tu tak faham bolehlah aku bajet-bajet berani. "Sit on the sofa". "Lah.. cakaplah awal-awal. Manalah aku tau kau nak suruh aku duduk atas sofa. Dalam bilik tu pun aku bersila dan tidur atas lantai sejuk je, inikan lagi dekat ruang tamu ni. Sengal punya apek!". Hahahaha apek aku panggil dia.
Aku pun bangun, bergerak menuju ke sofa dan duduk. Perghhh! Baek punya cilok luuuuu... lembutnya sofa ni... macam gula-gula kapas! Maklumlah, setelah berhari-hari duduk atas lantai sejuk tanpa dibekalkan sebarang alas mahupun selimut untuk tidur, mahu tak kematu punggung aku? hah, dia pun duduk berhadapan dengan aku. Dia pandang aku, lama. Dah macam cacing kepanasan pun ada dia ni. Sekejap tergaruk kepala, bergerak sana, bergerak sini. Cakapnya belum lagi. Tadi nampak macam tak puas hati betul dengan aku.
"Woi, mamat bipolar! Kau kenapa?". Dia berhenti ke hulu ke hilir dan pandang aku. Alamak! Dia faham ke apa aku cakap? Dia duduk. Fuh! Selamat toqq. "Now, look at me". Aku pandang dia sambil kerutkan dahi. "This, is gonna be damn serious... so don't do nonsenses". Aku fokus, dahi makin berkerut, kata nak fokuskan? Aku nak menganjing je sebenarnya. Lantak dia lah nak serius ke apa ke.. alamak, dia pandang aku macam nak marah lah. Okay, okay. Aku serius.herghh!
"First of all...". Gulp! Apa benda dia nak bincangkan ni?.
"Kau tau kan aku boleh cakap Melayu?".
--------------------------------------------------------------------------------
Krikk krikk... krikk krikk...
Whattaaaaaa hecccccckkkkkk??!!! Dia boleh cakap Melayu?! Habistu? Selama ni? Aku dok kutuk dia? Dia tau lah? Mampus aku mampus!!! Apa aku nak buat ni? Nak react macam mana? Gembira? Sedih? Nangis? Gelak? Marah?
"Aku tanya ni...." Nada macam tak marah.. hmmm... "Errr...." " Kau tau kenapa aku culik kau? Sebenarnya tak adalah culik pun, kasar sangat perkataan tu. Aku pinjam kau dari mak bapak kau je.. kan?". Dia senyum. Tapi, apasal macam seram je eh dia punya senyum tu? "A.. apa kau nak dari aku?". "Heh, apa aku nak dari kau? Aku rasa aku yang patut tanya soalan tu kat kau". "Hah? Apasal pula aku ada nak apa-apa daripada kau? Aku ni, kenal kau pun tidak". "Kau yakin kau tak kenal aku?".
Dia pun gerakkan tangan dia ke hoodie dan tarik hoodie dia. For the first time in forever aku nampak the whole of muka dia.
"How about now?".
O.M.G. I'm a dead meat. Maybe?
YOU ARE READING
Cinta Culik Aku?!
Romance"Aku buat apa doh kat kau?!", Hana. "..........", Bro Penculik. "Aduh! muka hensem dah, menculik reti, bisu rupa-rupanya", Hana. Hana, gadis Melayu yang sangat carefree. Diculik oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Yalah, nama pun kena culik. Penc...