Yesseo meliarkan mata untuk mengimbas gedung yang terlalu asing baginya. Tangannya asyik menyentuh beberapa gaun mewah untuk merasakan tekstur dan kelembutannya.
"Saya nak gaun yang sesuai untuk majlis makan malam. Pastikan tak terlalu terdedah dan tak terlalu sarat dengan perincian khusus untuk gadis manis ini" terkebil-kebil mata Yesseo mendengar penjelasan Namjoon kepada perunding imej profesional itu.
'G-gaun mahal ni untuk aku?'
"Aku cuma tak nak jatuhkan reputasi syarikat. Lihatlah penampilan kau. Mustahil untuk aku kenalkan kau sebagai bakal isteri aku dengan pakaian sebegini" ketus Namjoon bersahaja. Yesseo memerhati pantulan dirinya di hadapan cermin raksasa di dalam gedung itu.
"Ah, selekehnya aku" gumamnya perlahan.
"Ha, tahu pun" sampuk Namjoon dari belakang. Tangannya ditarik ke dalam sebuah bilik persalinan. Dua gaun berwarna hitam dan soft grey terpajang indah di gantungan.
Namjoon sedikit terpegun tatkala gaun hitam itu diperagakan dengan sempurna oleh Yesseo. Duda beranak satu itu berdehem kecil untuk meneutralkan detak jantungnya.
"I'll take this" perunding imej itu mengangguk dan membantu Yesseo untuk mengganti semula pakaian. Gaun indah itu kini dibaluti pelindung sut kalis air.
"Mmm, Tuan Kim. Terima kasih untuk gaun ni" ujar gadis itu dengan senyum simpul di bibirnya.
"Gaun tu bukannya percuma. Aku akan potong 25% dari gaji kau selama tiga bulan"
"Hah?"
🍷아기라 김 🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
26 April 2021
08.23 p.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Short Story🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...