Yesseo mengangakan sedikit mulutnya apabila melihat bangunan pejabat Kim Hi-Tech yang benar-benar di luar imaginasinya. Gadis itu menggenggam erat tali beg silangnya sambil berjalan menuju ke bahagian resepsi.
"Boleh saya tahu di mana pejabat Tuan Kim Namjoon?"
"Boleh saya tahu, cik datang atas urusan apa? Saya perlu periksa temujanji Tuan Kim. Nama cik?"
"Saya Yesseo. Pyo Yesseo. Saya datang untuk temu duga calon isteri Tuan Kim" gadis resepsi itu mengukir senyuman yang mempunyai makna di sebaliknya.
"Sila naik ke tingkat 5. Pejabat Tuan Kim berada di ruang Alamanda" Yesseo membongkokkan badan tanda hormat sebelum berlalu pergi. Gadis resepsi itu tergelak kecil. Rakannya yang berada di belakang menepuk bahunya kencang.
"Hoi, ketawa seorang diri. Buang tabiat ke?"
"Taklah. Aku cuma geli hati. Ada seorang gadis kampung datang untuk temu duga sebagai calon isteri Tuan Kim. Dia ingat Tuan Kim nakkan perempuan sepertinya? Aku yang secantik bidadari pun tak dipandang lelaki tu. Ini pula dia yang selekeh tu" rakannya berdecit.
"Dasar masuk bakul angkat sendiri!"
🍷아기라 김 🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
23 April 2020
08.31 p.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Short Story🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...