Namjoon meraup wajahnya kasar. Sudah 3 jam dia mendodoikan Kayla namun masih tiada tanda-tanda bahawa bayi itu akan tidur. Sesekali dia mengerling jam dinding digital yang tergantung pada dinding biliknya.
12.50 a.m.
"Kayla, sayang. Kenapa tak nak tidur lagi ni? Daddy kerja esok, sayang" kepingan KoolFever yang tertampal pada dahi Kayla dibetulkan sedikit. Termometer diletakkan di bawah lengan bayi itu. Suhu yang tercatat pada termometer itu memeningkan kepala Namjoon.
"Daddy bawa Kayla ke hospital, ya?" Namjoon mencapai jaket panjangnya beserta kunci kereta lalu bergegas ke garaj. Bayinya diletakkan di dalam kerusi kanak-kanak sebelum mula memandu.
🌼🌼🌼
Kayla tertidur nyenyak di dalam gendongan Yoo Jiseol, pakar pediatrik di Hospital South Diamond. Bayi itu diserahkan semula kepada Namjoon sebelum Jiseol menulis preskripsi ubat-ubatan buat Kayla.
"Kayla ni nak mama baru agaknya" seloroh Jiseol membuatkan Namjoon tergelak kecil.
"Saya sibuklah, Seol. Mana sempat nak cari kekasih"
"Yalah tu, Joon. Saya dah tuliskan senarai ubat-ubatan untuk Kayla. Nanti tebus di kaunter dan buat pembayaran" sekeping slip berwarna merah jambu diberikan kepada Namjoon.
"Terima kasih, Jiseol. Nanti saya belanja awak minum kopi"
"Amboi, Jiseol saja yang kau ajak. Aku?" sergah Yoongi yang baru muncul di depan pintu pejabat Jiseol. Telinga Yoongi ditarik kuat oleh Jiseol.
"Aduh, sayang. Ampun!"
"Main sergah-sergah lagi! Kalau Kayla terjaga, awak tidur dekat luar malam ni. Penat saya tidurkan dia" Namjoon menggulingkan bebola matanya sebelum beredar keluar dari ruangan itu.
"Semua orang tak hormat orang single" omel Namjoon sendiri.
🍵🍵🍵
Yesseo berjalan kaki untuk ke Hospital South Diamond, tempat di mana Yerin bekerja.
"Yerin ni pun satu. Tempat kerja tu dahlah jauh, hari-hari aku kena temankan dia balik kerja. Dah tahu kerja dekat tempat yang jauh, belilah kereta lain. Ini tak. Kereta buruk tu juga yang dia nak beli" terpaksalah dia berjalan kaki di tengah kesejukan malam.
Keretanya? Sudah tidak berfungsi setelah melanggar bumper kereta mewah Namjoon. Yesseo segera bersembunyi di sebalik pasu-pasu bunga di perkarangan hospital apabila kelibat yang dikenalinya baru saja melangkah keluar dari pintu utama hospital.
"Tu bukan ke lelaki sombong hari tu? Yalah, itu dia! Dah ada anak rupanya. Kasihan bayi tu. Ada bapa yang bermulut neraka!"
🍷아기라 김🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
17 April 2020
09.00 p.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Kurzgeschichten🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...