Christine merempuh pintu pejabat Namjoon kasar. Lelaki yang sedang menjawab panggilan dari seseorang lantas mematikan panggilan dengan cepat.
"Teruk betul permainan you, ya? Sampai cari calon isteri melalui temuduga. You memang terdesak ke?"
"Aku yang terdesak atau kau dan datuk kau yang terdesak? Biarlah aku nak cari calon isteri melalui temuduga atau aplikasi Tinder sekalipun. Sekurang-kurangnya dia akan dengar cakap aku. Bukan macam kau, anak manja, degil, tak tahu nak jaga anak aku"
"I akan pastikan you menyesal sebab tak terima I dalam hidup you" Christine menghentakkan kakinya geram sebelum melangkah keluar dari pejabat itu.
"Tch, gila macam datuk dia juga"
Christine mencapai telefon pintar dari tas tangannya sebelum nombor seseorang yang cukup dia kenali didail.
"Aku nak kau siasat siapa yang berjaya dalam temuduga pencarian isteri Kim Namjoon"
"....."
"Ikut sajalah apa yang aku suruh. Jangan banyak tanya. Aku akan bayar berapa saja yang kau mahu"
"....."
"Aku mahukan maklumat secepat mungkin. Kau sendiri yang hantar maklumat tu, bukan kuli kau" talian dimatikan sebelum kaca mata hitam disarung ke batang hidungnya.
"Kau takkan lepas daripada aku, Namjoon Kim"
🍷아기라 김 🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
15 May 2020
10.16 a.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Short Story🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...