Christine mengatur langkah ke pintu utama Bae's Mansion, rumah agam keluarganya. Kelibat datuknya dan bapa kesayangannya yang sedang berbual di taman botani mini itu menangkap perhatiannya. Kasut tumit tingginya ditukar kepada selipar sebelum melangkah ke sana.
"Tok Daddy dah lama sampai?"
"Baru saja, sayang. Duduklah di sini" Datuk Bandar Lee menepuk kerusi kosong di sebelahnya. Lelaki paruh baya itu lebih gemar berbincang tentang bisnes bersama menantunya, Bae Sanghyuk. Anaknya, Lee Camellia terlalu naif dan tidak selicik menantunya.
"Papa, Tok Daddy, Christine dah tak mahu teruskan rancangan kita untuk goda Namjoon. Lelaki itu biadap dan tak tahu menghormati orang lain" dengus Christine kasar. Sanghyuk hanya tersenyum sebelum mengunyah sehiris epal.
"Orang sebegitulah yang kita perlu tumpaskan, Bae Christine. Christine mahu ke kalau dunia perniagaan dikawal oleh manusia tak bertamadun seperti Namjoon?" Christine menggeleng perlahan.
"Jadi, teruskan tugas Christine" datuknya pula bersuara. Wanita itu hanya mengangguk tanda faham. Dia langsung tidak sedar bahawa dia diperbodoh oleh kedua darah dagingnya itu.
Dia terperangkap di sebalik agenda 'murni' Bae Sanghyuk dan Lee Wehwa untuk menghapuskan dominasi orang-orang tidak beradab dalam perniagaan. Nyatanya, mereka hanya mahukan aset dan kekayaan syarikat gergasi itu, Kim Hi-Tech.
🍷아기라 김 🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
21 April 2020
07.29 p.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Kurzgeschichten🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...