Yesseo menilik pakaian yang tersarung kemas ditubuhnya. Dia tersenyum dan merapikan sedikit baju yang dipakainya sebelum menggendong Kayla Kim, puteri Kim Namjoon. Pipi tembam bayi itu digomol kecil membuatkan dia mengekeh ketawa.
"Eee, mashamlah budak ni. Dia tak mandi lagi" beberapa batang giginya terserlah dengan usikan Yesseo. Baju dan lampinnya ditanggalkan sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik mandi.
🍖🍖🍖
"Siapa dah mandi? Siapa budak wangi?" Yesseo mengangkat tangan Kayla seolah-olah anak kecil itu menjawab pertanyaannya. Namjoon yang sedang memerhati dari luar bilik tersenyum tanpa sedar.
Lelaki itu sanggup mengambil cuti semata-mata ingin mengawasi hari pertama Yesseo. Rambutnya yang masih berantakan diraup ke belakang menggunakan jemarinya.
"Tuan Kim dah bangun? Saya dah sediakan sarapan di bawah" Namjoon hanya mengangguk dan mengambil Kayla dari dukungan Yesseo.
"Cantiknya anak daddy ni" Kayla menyembunyikan wajahnya diceruk leher Namjoon seperti sedang malu. Yesseo dan Namjoon sama-sama terhibur dengan gelagat Kayla.
Namjoon membawa Kayla turun ke tingkat bawah dan meninggalkan Yesseo yang sedang berkhayal di belakang.
"Kami dah boleh jadi keluarga bahagia atau belum? Kalaulah aku jadi isteri sebenar Kim Namjoon, mesti aku dah kaya sekarang ni. Tapi aku tak sanggup untuk menelan kata-kata pedasnya setiap hari"
🍷아기라 김🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
26 April 2020
05.45 a.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Kısa Hikaye🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...