Namjoon mengurut pelipisnya lembut. Lelaki bermarga Park yang berada di hadapannya hanya diam sambil menghirup smoothie dari gelasnya.
"Keluarga tu memang gila. Dari Christine, Datuk Bandar Lee, Tuan Bae. Semuanya gila. Aku dapat panggilan bertalu-talu dari Tuan Bae. Aku yakin, Christine mengadu tentang aku pada ayahnya"
"Mungkin kalau kau cari isteri, mereka akan berhenti mengganggu kau? Lagi pun, kasihankan anak saudara aku ni. Sampai bila dia perlu menumpang kasih sayang tunang aku" Kayla yang berada di gendongan Areum digomol kecil.
"Mungkin ya, mungkin tak. Tapi, ada betulnya apa yang kau cakap. Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk tolak pelawaan gila Tuan Bae tu" Namjoon berjeda seketika. Dahinya dikerutkan seperti memikirkan sesuatu. Setelah beberapa minit, dia memetik jarinya sendiri.
"Aku rasa aku kena cari perempuan yang sanggup jadi kekasih sementara sekali gus untuk jaga Kayla. Christine tu dah gila! Aku pasti dia dan Datuk Bandar tak guna tu ada rancangan tak baik pada aku. Sebab itulah dia beria nak kahwin dengan aku"
"Jadi, apa yang patut kita buat"
"Kaulah yang patut fikirkan. Takkan itu pun aku perlu beritahu"
🍷아기라 김 🍸Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
21 April 2020
05.46 p.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Historia Corta🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...