"Baju dah basuh, lantai dah dimop, sampah pun sudah dibuang, pinggan pun dah dibasuh. Ah, akhirnya! Waktu berehat!" baru saja Yesseo ingin melabuhkan punggung di atas sofa, jeritan Yerin mula berkumandang.
"Yesseo! Ambilkan surat khabar!" Yesseo menggulingkan bebola matanya sebelum menapak malas ke tingkat bawah tanah, lokasi di mana surat khabar harian akan diletakkan.
Segulung surat khabar diambil dari sebuah rak. Belum sempat dia melangkah ke tangga, namanya diseru seseorang.
"Yesseo sayang. Sayang pergi mana? Lama abang tak nampak" lelaki itu tersengih layaknya kerang busuk sambil memegang batang mop.
"Sekali lagi kau panggil aku macam tu, aku sula kau dengan batang mop tu. Nak?" lelaki itu terus menggeleng kepala laju.
"Lagi satu, aku tak suka cleaner macam kau. Aku nak yang kaya raya, yang boleh bagi aku intan berlian. Faham, Encik Choi Soobin?" sebaik saja kelibat gadis itu hilang dari pandangan, Soobin tersengih sumbing.
"Tunggu kau! Nanti aku buka syarikat pembersihan aku sendiri, baru kau ternganga. Masa tu, nama kau bukan lagi Pyo Yesseo. Tapi Choi Yesseo!" kata Soobin dengan semangatnya yang membara.
"Woi, berangan apa lagi kau ni? Pergi buat kerja cepat" mencicit lari lelaki bermarga Choi itu apabila disergah penyelianya, Choi Yeonjun.
🍷아기라 김 🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
21 April 2020
05.56 p.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
![](https://img.wattpad.com/cover/220420173-288-k426717.jpg)
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
القصة القصيرة🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...