Yesseo mengganding erat lengan sasa milik Namjoon sebaik melangkah masuk ke dalam gedung serba mewah itu.
"Act natural, aku tak nak mereka tahu yang kita cuma berbohong" ucapan Namjoon semasa di dalam kereta tadi masih terngiang jelas di telinganya. Dia tidak menyangka jamuan yang disebut Namjoon sebagai 'kecil-kecilan' adalah majlis makan malam yang sangat gah menurut Yesseo.
"Datuk Bandar Lee" sapa Namjoon lalu menunduk hormat di hadapan lelaki itu. Retinanya menangkap sosok wanita yang pernah menerobos masuk ke dalam rumah Namjoon tempoh hari, Bae Christine.
"Segak seperti biasa" puji Datuk Bandar Lee sambil menepuk lengan sasa Namjoon perlahan.
"Oh, siapa gadis manis disebelah Tuan CEO kita ni?" tatapan lelaki lewat 60-an itu jatuh pada Yesseo.
"Ini bakal isteri saya, Pyo Yesseo. Dia bukanlah pemain industri digital tetapi entah kenapa saya tertarik dengan senyumannya" pujian tersebut terdengar sangat ikhlas sehingga pipi gadis itu merona hebat.
"Ah, sayang sekali. Saya terlalu berminat untuk jadikan kamu cucu menantu saya. Tapi, tak apalah. Apa kata Encik Kim dan Christine menari bersama. One last dance, maybe"
Tanpa Yesseo sangka, Namjoon mengangguk dan menghulurkan tangan bak putera raja berkuda putih sebagai pelawaan untuk Christine menari bersamanya.
🍷아기라 김 🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
26 April 2021
08.50 p.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Short Story🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...