Yesseo menggendong Kayla menggunakan tangan kanan sambil mengacau bubur nasi menggunakan tangan kirinya. Bayi itu hanya melihat mangkuk bermotif karikatur gajah itu sambil menelan air liur.
"Lala lapar ya? Sekejap lagi mama suap Lala kalau bubur dah sejuk" bayi itu memeluk bahu Yesseo erat sebelum menyembunyikan wajah mungilnya di ceruk leher gadis itu.
Ting tong
Ting tong
Ting ting ting ting tong"Eh siapa pula yang tekan loceng sampai macam tu sekali?" anak kecil itu didudukkan di dalam kerusi tingginya sebelum Yesseo melangkah ke pintu utama. Sebaik pintu dibuka, wajah dingin Christine terpacul disitu.
"Maaf, cik siapa?"
"Aku Bae Christine, bakal isteri Namjoon"
"Oh, Cik Bae. Marilah masuk. Tapi, Tuan Kim tiada. Dia masih di pejabat" ujar Yesseo sopan.
"Jadi, inilah perempuan psikopat yang Tuan Kim maksudkan? Harap muka saja cantik, sayang sebab dia gila"
Kayla yang berada di atas kerusi tinggi itu dijeling sekilas sebelum wanita itu duduk menyilangkan kaki di atas sofa kulit asli di ruang tamu.
"Buatkan aku jus oren. Pastikan yang paling segar. Jangan masukkan gula. Nanti aku jadi gemuk berlemak macam kau" hidung Yesseo kembang kempis menahan amarah sebelum berlalu ke dapur.
"Kalau kau bukan orang kaya, dah lama aku masukkan air cucian jamban Soobin dalam jus oren kau"
🍷아기라 김 🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
11 Julai 2020
11.50 a.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Short Story🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...