Seorang lelaki kacak yang segak bergaya dengan sut hitamnya melangkah masuk ke dalam gedung yang serba gah itu. Semua staf yang sibuk bertugas menghentikan aktiviti mereka untuk menyapa sang pemimpin.
Dia, Kim Namjoon.
Siapa saja yang tidak kenal dengan pakar IT yang satu ini? Kacak, bijak, kaya dan berkarisma. Lelaki pakej lengkap yang menjadi rebutan ramai.
Bayi yang berada di gendongannya sedang nyenyak tidur. Sama ada badai melanda atau bom nuklear meledak, belum tentu si kecil ini akan terjaga.
Setibanya di dalam pejabat, bayi montel itu diletakkan di dalam buaian. Anaknya yang tertidur sambil menghisap ibu jari itu ditatap dengan penuh rasa sayang. Langkah kakinya diatur ke meja kerja sebelum butang interkom ditekannya.
"Areum, panggilkan Encik Park. Suruh dia masuk ke dalam bilik saya"
"Baik, Tuan Kim" lelaki itu terus menghidupkan suis komputernya. Tak sampai 5 minit, pintu pejabatnya diterjah masuk oleh Park Jimin.
"Baby Lala sayang~" pipi gebu Kayla yang sedang nyenyak tidur itu diusap lembut.
"Sudahlah masuk pejabat aku pun tak ketuk pintu dulu. Lepas tu kacau anak aku tidur pula" ujar Namjoon yang masih tertancap pada layar komputernya. Kerusi yang bertentangan dengannya ditarik perlahan oleh Jimin. Tanpa dijemput, lelaki itu terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut.
"Eleh, dengan aku pun kau nak berkira. Ada apa kau panggil aku ke sini?"
"Aku nak tengok perkembangan projek koridor raya tu" Jimin segera menghulurkan fail berwarna ungu itu kepada Namjoon.
"Kenapa Bae Christine boleh terlibat dalam projek ni? Dia tiada apa-apa kemahiran, bagaimana dia terpilih untuk jadi eksekutif projek ni?" getus Namjoon geram. Keningnya bercantum dan lidahnya menolak bahagian dalam pipi.
"Kau tahu kan projek ini ada kaitan dengan Datuk Bandar Lee? Dia yang cadangkan Christine untuk jadi eksekutif projek ni. Yalah, kuasa politik" Namjoon menghempas fail itu kasar sebelum wajahnya diraup.
"Kau aturkan perjumpaan aku dengan orang tua tak guna tu. Dia sengaja nak bermain api dengan aku"
🍷아기라 김🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
13 April 2020
10.19 p.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Short Story🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...