Namjoon mengatur langkah cepat ke sebuah meja yang diduduki oleh Datuk Bandar Lee. Sebuah fail ungu dihempas kasar di hadapan lelaki paruh baya itu.
"Apa semua ni, Datuk Bandar Lee?" lelaki itu hanya tersengih sebelum menyisip kopinya.
"Duduklah dulu Encik Kim. Pesan kopi dulu, kemudian kita boleh berbincang" Datuk Bandar Lee ketawa kecil membuatkan hati Namjoon membara. Kerusi yang bertentangan dengan Datuk Bandar Lee ditarik lalu punggungnya dihempas kasar.
"Saya sibuk. Saya cuma nak tahu kenapa Bae Christine dilantik menjadi eksekutif projek koridor raya tu? Datuk sepatutnya tahu yang projek ni merupakan masa depan Korea Selatan. Bae Christine tak berkelayakan untuk jawatan tu. Ramai lagi staf saya yang mampu memikul tanggungjawab itu. Takkanlah Datuk nak tengok projek ni gagal begitu saja? Saya yakin Datuk tahu apa yang terbaik untuk projek ni" jelas Namjoon panjang lebar.
"Bae Christine adalah pilihan terbaik. Saya tahu yang cucu saya mampu untuk terajui projek ni" Namjoon mengepal penumbuknya erat. Fail ungu itu diambil sebelum Namjoon beredar keluar dari kafe itu.
🦀🦀🦀
"Maafkan saya, encik. Saya betul-betul tak sengaja"
"Maaf kau cakap? Kau tahu tak berapa banyak duit yang perlu dihabiskan untuk mengecat semula goresan ni?"
Sebaik saja Namjoon keluar dari kafe, kelihatan pemandunya sedang bertengkar dengan seorang gadis.
"Ada apa bising-bising ni. Macam manusia tak ada tamadun saja. Apa masalahnya, Jungkook?"
"Perempuan ni langgar bahagian belakang kereta tuan. Habis bercalar kereta ni" jelas Jungkook, pemandu paling kacak seantero dunia. Namjoon mengurut pelipisnya.
"Tuan, saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja tadi--"
"Maaf kau takkan baiki kereta aku. Ergh, dunia ni memang penuh dengan manusia tak guna. Dalam hidup aku juga mereka muncul. Dari yang berpangkat sampai orang biasa, semuanya tak guna!" hambur Namjoon geram. Sudahlah dia menahan amarahnya terhadap Datuk Bandar Lee. Gadis ini pula menambahkan kekusutannya.
Sebaik kereta mewah itu meluncur laju, Yesseo segera memperbaiki rambutnya yang sedikit serabai.
"Dasar orang kaya tak ada akhlak. Kau tunggulah aku kaya nanti. Aku akan jadikan kau pembantu rumah aku"
🍷아기라 김🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
13 April 2020
10.47 p.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Historia Corta🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...