"Lala sayang" Namjoon mengambil anaknya dari dukungan Areum, setiausahanya. Pipi tembam milik Kayla digomol kecil.
"Anak daddy nakal tak hari ni? Hmm?" tanya Namjoon kepada Kayla sambil mengagah bayi itu.
"Kayla baik kan, sayang? Tapi dia ada merengek. Badan dia pun sudah mulai suam seperti akan demam" Namjoon menayangkan riak wajah risau.
"Aku rasa kau patut cari pembantu rumah yang baru. Atau pun, kau cari isteri baru. Habis cerita" ujar Jimin.
"Aku dah serik dengan pembantu rumah. Kalau dia masukkan ubat batuk dalam susu anak aku lagi macam mana? Pasal isteri tu, emm--"
"Sudah-sudahlah dengan Yujoo tu. Dia tinggalkan kau dan Kayla sebab lelaki lain. Kau lupakan saja dia. Dia pun lupakan kau sekelip mata saja" hambur Jimin geram. Areum yang berada di sebelahnya menggosok lengan Jimin lembut.
"Sayang, kenapa awak marah-marah ni? Terkejut Kayla nanti" Jimin tersenyum nipis ke arah Areum.
"Mohon hormat orang single" ujar Namjoon dengan nada yang mendatar. Meletus tawa dua orang pekerjanya itu.
🍷아기라 김🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
14 April 2020
11.50 a.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Short Story🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...