Christine menghisap pulpa masam daripada limau nipis yang dijadikan hiasan pada tequila miliknya. Gelas yang kosong diisi semula dengan cecair jernih berbau tengik lantas diteguk rakus.
"Eh, cucu datuk bandar. Kau buat apa di sini?" Christine menjeling lelaki yang baru saja menyapanya.
"Berlagaknya kau. Mentang-mentanglah bakal pewaris takhta Kim Hi-Tech" ujar lelaki itu sambil membetulkan kemeja-T hitam dengan tulisan O.B.E.Y yang tersarung kemas di badannya.
"Kau kenal Pyo Yesseo?" lelaki itu menggelengkan kepalanya. Christine tersengih sinis.
"Dia bakal isteri Kim Namjoon" kenyataan itu membuatkan Jung Hoseok berdecih kecil.
"Dasar lelaki bodoh. Selalu saja rosakkan rancangan aku. Dia ingat, syarikat miliknya akan selama-lamanya berada di atas? Aku akan rosakkan reputasi syarikat teknologi bodoh tu"
"Otak kau di mana, Hoseok? Kalau nak rosakkan syarikat tu, apa gunanya aku bersusah payah untuk dapatkannya?" Christine bingkas bangun dan beredar dari kelab malam yang dipenuhi manusia tak bermoral itu.
Hoseok mencapai gelas yang tersisa dengan bekas gincu milik gadis bermarga Bae itu.
"Apa pun yang kau katakan, aku tetap nak jatuhkan Kim Hi-Tech. Itu ikrar aku, demi Harris Corporation"
🍷아기라 김 🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
21 Ogos 2020
11.55 a.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Short Story🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...