"Bilalah aku nak kaya?" Yesseo termenung sendirian sambil merenung kipas siling yang sedang ligat berpusing.
Ya, dia obses untuk menjadi kaya. Apa saja cara pun sanggup dilakukan. Dia gilakan wang ringgit, barangan mewah dan kediaman ibarat mahligai syurga. Laman utama Instagram miliknya ditilik.
"Cantiknya cincin Cartier ni" bibirnya memuncung setiap kali foto perhiasan terpapar pada layar telefon pintarnya.
"Kalau setakat duduk dan belek Instagram, sampai kau tumbuh tanduk pun takkan kaya" sinis kakaknya, Pyo Yerin.
"Daripada kau merungut tak tentu pasal, lebih baik kau pergi cari kerja. Dapat jugalah kau tampung apa yang kekurangan di rumah ni. Gaji aku pun bukan lumayan sangat" bebel Yerin sambil mengemop lantai dapur.
"Akak, kalau aku kaya nanti, aku belikan kau baju cantik, makanan sedap, rumah banglo, semualah!" Yerin bercekak pinggang memandang adiknya yang masih tidak henti-henti berkhayal.
"Sebelum akak mop kepala kau, lebih baik kau hantarkan bunga yang akak dah gubah ke rumah Puan Soo. Jangan kau ambil upah tu untuk kau pula"
"Ish, aku tahulah! Dasar nenek kebayan! Suka membebel" baru saja Yerin ingin melibasnya dengan penyapu, Yesseo terus mengambil jambangan bunga tersebut dan berlari ke luar rumah.
🍷아기라 김🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
13 April 2020
10.31 p.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Short Story🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...