Namjoon menopang dagunya sambil menilik Yesseo dengan mendalam sehingga tidak keruan gadis itu dibuatnya. Yesseo kehilangan tumpuan, tidak tahu untuk melarikan matanya ke mana. Kiri, salah. Kanan pun salah. Akhirnya, dia memilih untuk menundukkan wajahnya.
"Emm, Tuan Kim akan pandang saya sampai bila?" soal Yesseo polos. Namjoon berdecit kecil sebelum bersandar pada kerusinya.
"Bukan ke kau perempuan yang langgar kereta aku hari tu?" pada saat itu, Yesseo menyumpah seranah dirinya kerana tidak menyiasat latar belakang lelaki ini sebelum bersetuju untuk ditemu duga.
"Ini semua salah Yerin!"
"Y-ya saya, Tuan Kim"
"Kau diterima disebabkan kau ada hutang dengan aku" Yesseo yang tadinya menunduk segera mengangkat wajahnya. Lebih tepat lagi, dia memandang wajah kacak milik Namjoon.
"T-tapi--"
"Aku tahu, zaman sekarang tiada sesiapa pun akan melakukan sesuatu tanpa balasan. Aku akan bayar untuk khidmat kau, tapi kau perlu rahsiakan yang kau ni cuma kekasih sementara. Jangan sampai rahsia ni bocor" ujar Namjoon tanpa melihat wajah Yesseo.
"Disebabkan Tuan Kim perlukan khidmat saya, Tuan Kim akan bayar mengikut harga saya. Setuju?" otak geliganya mula mencari jalan untuk mendapatkan gaji yang lumayan. Walaupun hatinya seperti diserang guruh, dia memberanikan diri untuk mengajukan kemahuannya.
"Tch, dasar mata duitan. Baiklah, aku setuju dengan harga kau"
🍷아기라 김 🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
26 April 2020
05.18 a.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Short Story🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...