🍎이.십.오🍎

6 1 0
                                    

Seorang lelaki bersut merah berjalan dengan penuh karisma memasuki gedung perusahaan Kim Hi-Tech. Siapa lagi kalau bukan Jung Hoseok, seteru utama syarikat milik Kim Namjoon ini. Kaca matanya disangkut pada kolar kemeja, menambahkan lagi pesona lelaki tampan itu.

Dari kejauhan, kelibat lelaki itu sangat tidak disenangi Namjoon. Dia hanya mampu melepaskan keluhan berat kerana syarikatnya menjadi lokasi pertemuan untuk menaik taraf projek koridor raya Korea Selatan. Dan syarikat milik lelaki berketurunan Jung itu berperanan dalam sektor keselamatan siber.

"Ah, nampaknya aku masih perlu bertentang mata dengan kau, ular" ujar Hoseok sinis tanpa menatap Namjoon. Tangannya ligat menata rambutnya agar lebih kemas di hadapan pintu lif. Namjoon pula hanya mampu tersenyum mengejek.

"Nampaknya ada makhluk yang lupa asal-usulnya" lidah mereka sama-sama tajam membuatkan atmosfera menjadi tegang dan genting. Para pekerja yang lalu-lalang hanya menundukkan kepala seperti tiada apa yang berlaku.

Hoseok menatap lelaki itu tajam sambil menolak bahagian dalam pipi menggunakan lidah. Ketibaan datuk bandar telah meleraikan ketegangan antara dua pengusaha muda itu.

"Datuk Bandar Lee, selamat datang" Hoseok mendakap mesra tubuh Datuk Bandar Seoul itu sebaik lelaki paruh baya berkenaan melangkah masuk ke gedung Kim Hi-Tech.

'Dasar tukang kipas'














🍷아기라 김 🍸













Stay calm, stay safe 🍄











*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*

15 November 2020

09.30 p.m.

*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*

Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿Where stories live. Discover now