🍎십.일🍎

4 2 0
                                    

Christine memerhati gerak-geri adiknya, Crystal yang baru saja pulang entah dari mana. Gaun tidurnya dibetulkan sedikit sebelum menyapa adiknya.

"Pergi mana tadi?" soal Christine serius sambil menyilangkan tangannya pada dada.

"Keluar"

"Dengan budak drebar tu?" Crystal terdiam sejenak. Pandangan matanya dialihkan supaya tidak bertentangan dengan pandangan tajam bak pedang milik kakaknya.

"Aku dah cakap berkali-kali, Bae Crystal. Budak miskin tu tak mampu nak sara kau. Belikan kau sebatang gincu pun belum tentu dia mampu. Dia bawa kau keluar tadi pun. Pakai kereta Namjoon kan?" Crystal benar-benar bengang dengan percakapan kakaknya.

"Dia ada nama, Chris. Jungkook. Jeon Jungkook!" Crystal lantas berlari mendaki tangga untuk ke biliknya, meninggalkan Christine yang sedang naik hantu di bawah.

"Habiskan air liur kamu saja, Chris. Dia takkan dengar cakap sesiapa. Cakap papa pun dia tak mahu dengar. Entah apa yang budak miskin tu janjikan pada dia, papa pun tak tahu" sinis Sanghyuk yang sedari tadi memerhati pertelingkahan anak-anak gadisnya.

"Sanghyuk, biarkan saja dia berhubungan dengan Jungkook. Awak dulu pun tak kalah miskin. Saya dengan senang hati kahwini awak dan saya tak minta apa-apa dari awak. Kalau daddy saya bersikap angkuh seperti awak, awak takkan merasa hidup mewah macam ni" Sanghyuk bagaikan dipanah petir apabila Camellia bersuara.

"Kamu, Christine. Tak perlu terkejarkan lelaki yang tak berhasrat untuk bersama kamu. Jangan rendahkan martabat kamu sebagai seorang perempuan kerana dambakan seorang lelaki berharta" kali ini, Christine pula dibidasnya. Kedua-dua beranak itu hanya diam tidak berkutik.























🍷아기라 김 🍸























Stay calm, stay safe 🍄


























*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*

21 April 2020

07.55 p.m.

*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*

Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿Where stories live. Discover now