Namjoon memerhati Yesseo yang tidak henti-henti menghirup kuah mi pedas segera yang dibeli dari GS25, kedai serbaneka berhampiran Kim Hi-Tech. Dirinya pula hanya memandang sepi setin kopi arabika premium yang dibelinya.
"Kenapa tuan tak makan?" ujar Yesseo sebelum minuman bersoda miliknya diteguk rakus. Sempat lagi gadis itu memeriksa kantung plastik yang berisi makanan segera, pelbagai jenis daging olahan dan manisan.
Ya, semuanya dibeli menggunakan kad kredit Namjoon. Katanya, sebagai upah kerana gadis berketurunan Pyo itu bijak berakting di hadapan Christine.
"Aku tak tahu kenapa manusia boleh terfikir untuk cipta makanan ni semua" ketusnya senada.
"Untuk mudahkan manusia. Jimatkan masa, mungkin?" jawab Yesseo lancar. Barisan gigi putihnya dipamerkan tanpa rasa bersalah.
"Dan untuk musnahkan kesihatan manusia. Supaya kerajaan perlu tanggung lebih banyak kos perubatan disebabkan rakyat degil yang suka makan makanan segera macam kau ni"
"Ouch, it hurts so bad" Yesseo menggenggam jaket kelabu di bahagian dadanya. Kononnya tersakiti dek kata-kata Namjoon yang setajam mata panah.
'Comel'
🍷아기라 김 🍸
Stay calm, stay safe 🍄
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
12 November 2020
10.33 p.m.
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
YOU ARE READING
Maniac Escape Plan 🍪 knj 🍪 ✿ 15 + ✿
Short Story🦀 Pandemic Series : Mini Fanfiction 🦀 Si duda kaya mencari kekasih kontrak untuk menyelamatkan diri 👶 Si anak dara mencari jalan mudah untuk menjadi kaya-raya 💰 "Kau jagakan anak aku dan mengaku yang kau akan berkahwin dengan aku. Selepas aku be...