39: Canggung

410 7 1
                                    

Ya Allah...apa yang aku rasa sekarang ni

Kenapa perasaan marah aku hilang begitu sahaja apabila kelibat Rina berjalan menghampirinya.

Malah perasaan serba salah pulak yang muncul dijiwanya apabila melihat wajah Rina yang seperti tiada seri dan tidak bermaya. Tetapi, tetap anggun,cantik dan berkaliber. Personalitinya bergelar Dr tidak mampu untuk disangkal.

Adi merasakan dirinya kerdil apahila berhadapan dengan Rina. Ke mana perginya Adi yang yakin, yang dominan, yang berani dan adi yang pemarah. Yang memang akan memastikan apa sahaja kehendaknya dipenuhi.. hanya satu keinginannya yang tidak tercapai..mengahwini Mardiah. Bukan dia tidak berusaha, dia telah berusaha, puas dipujuknya mardiah untuk mengahwininya tetapi berbagai alasan  di beri oleh mardiah. Malah tentangan uni juga tidak akan dihiraukan sekiranya mardiah bersetuju.

Tetapi mardiah selalu beralasan belum bersedia dan ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi arkitek yang berjaya.

Oleh itu, desakan umi untuk berkahwin dengan Rina tidak dapat dihalang..kerana hanya umi yang  mampu melemahkannya. Apatah lagi, kesihatan umi yang semakin merosot sekarang.

Niatnya hanya sementara, membuktikan pada umi bahawa mardiah adalah calon menantu yang tepat...bukannya Rina yang dipilihnya.

Namun, kedekatan dirinya dengan Rina membuahkan satu rasa yang aneh sehingga dirinya meminta Rina untuk tunaikan tanggungjawab nya sebagai isteri. Dirinya meronta untuk memeluk, mencium Rina. Malah batinnya terseksa apabila sudah merasa nikmatnya bercinta dengan isteri yang dihalalkan.

Adi yang sebelum ini dipuja dan digilai oleh ramai wanita selalu menganggap bahawa dia mampu menakluk mana-mana wanita yang dikehendakinya. Tetapi, Rina berbeza. Penerimaan Rina adalah semata-mata kerana status Adi sebagai suami. Sekiranya status itu tiada, kehadiranya tidak akan bermakna apa-apa dalam kehidupan Rina.

Assalamualaikum..

Waalaikummussalam..

Rina pantas menarik kerusi dan duduk dihadapan Adi.

So? Soal Rina.

Adi pantas megisyaratkan kepada pelayan untuk mengambil pesanan.

Kita order makanan dulu. Ujar Adi.

Rina hanya menganguk dan melihat menu.

Adi hanya memerhati Rina membelek dan menulis pesanan...

Lalu borang pesanan dihulurkan kepada adi.

Setelah selesai mengorder makanan.

Mereka terdiam sejenak.

Rina sedang sibuk menaip sesuatu di telefonnya.. kelihatan dirinya sangat focus dan tegas.

Adi tidak pernah melihat rina berwajah seperti itu.

Rina meletakan telefon ditepi.

"Maaf. So? "Rina menyoal mengunakan mimik muka yang membawa seribu maksud pertanyaan.

"I.."belum sempat Adi menjawab, pelyan menhantarkan minuman yang dipesan Rina.

Tanya menunggu jawapan Adi, Rina terua meneguk air capucino yang dipesannya...

"Umi sihat? "Rina bertanya kabar. Rasa bersalah kerana tidak bertanya kabar umi yang menyayangi dirinya hanya kerana perbuatan anaknya.

"Alhamdullillah..semakin baik."

Tertiba lidah Adi kelu. Diirnya tidak tahu untuk berkata apa.sebelum ini banyak yang ingin diperkatakan kepada Rina...tentang perasaannya..tentang keinginannya..tentang kelakuannya tempoh hari.

Masing-masing diam..menikmati minuman.

Deringan telefon memecah kesunyian.

"Sori, i need to take this call" 

Sure

"Helo...yea saya...emm...ok...maaf saya x free sekarang...boleh saya hubungi semula nanti selepas saya dapatkan pengesah prof...yea saya...ok...baiklah....ok....bye."

"Sori, kat mana kita td?"

"Buzy?" Tanya Adi.

"Yea, macam biasa"

"Maaf kalau saya menganggu" wajah adi sedikit berubah. Perasaan bersalahnya semakin tinggi..wanita yang ditidurinya bukan sembarangan. Dia seorang wanita yang bermaruah dan disegani di dalam dunianya.

"Adi, can you be straight to the point?"

Maafkan akuWhere stories live. Discover now