31: Jemputan

613 7 0
                                    

Perlahan-lahan pintu bilik kecil disebelah dapur yang sebelum ini dijadikan stor dibuka.

Kelihatan seorang gadis yang sedang enak dibuai mimpi berbaring lena. Lama diperhatikan wajah isterinya yang degil. Disuruh tidur dibilik master, tetapi masih berkeras untuk menghuni bilik kecil ini. Ingin saja dia terus memaksa, namun apabila melihat sekilas ketakutan yang terpamer diwajah rina, adi mengalah. Mungkin rina masih belum dapat melupakan perbuatan gilanya di hotel tempoh hari.

Tergiang permintaan umi meminta dia untuk menerima rina dalam hidupnya. Dia akui rina bukanlah gadis impiannya. Tiada satupun kecuali dia tahu uruskan rumah dan hormat pada orang tua. Tetapi kenapa wajah polos ini semakin menarik hatinya.menenangkan jiwanya. Inikah yang dimaksudkan ketenangan yang diperolehi daripada perkahwinan seperti yang ustaz maklumkan semasa kursus kahwin.

Malah wajahnya kelihatan bahagia dan gembira. Ramai yang menegurnya hari ini diofis. Semua orang menegur moodnya ceria sebelum kedatangan kad undangan daripada mardiah.

Mardiah datang meting petang tadi dengan membawa satu berita. Dia bakal berkahwin. Siapa suaminya? Tentulah bukan adi. Adi sedikit terkejut. Mereka baru sahaja berpisah. Hati kecilnya berdetik berbisik pertanyaan

Adakah selama ini mar menduakannya atau ini caranya mar membalas dendam akan perbuatannya mengawini surina.

Maafkan akuWhere stories live. Discover now