Wajah kepulangan Adi sugul pada petang itu. 10 patah ditanya hanya sepatah yang dijawab.. mungkin dia kepenatan bekerja atau ada masalah dengan umi. Namun rina takut untuk bertanya lebih lanjut. Rina sedar dirinya bukanlah pilihan Adi.. jasad Adi hanya dimilikinya diatas kertas apatah lagi jiwa Adi yang memang jauh untuk Rina gapai. Dirinya hanyalah diperlukan kerana umi.
Sudah lama makan malam terhidang dimeja. Dan sudah beberapa detik Rina termenung di hadapan hidangan. Biasanya cepat sahaja Adi bersedia untuk makan malam. Malah hari ni entah apa yang merasuk Rina, makanan kegemaran Adi resepi nenda dimasaknya dengan harapan Adi akan bertambah berselera dan mula menerima dirinya sebahagian dari diri adi. Tapi mungkin Adi masih tidak sudi untuk menerima kehadirannya levih dari sekadar penjaga uminya.
Rina bertanya pada dirinya adakah dia sudah boleh menerima Adi sebagai suaminya? Bersediakah dia untuk menjadi isteri yang sebenar-benar kepada seorang lelaki bernama Adi yang hatinya pernah dimiliki oleh orang lain? Bersediakah hatinya untuk dikecewakan oleh harapan palsu? Rina tahu Adi bersikap baik dengannya kerana permintaan umi. Malah adi ingin memiliki anak bersamanya kerana permintaan umi. Adi memujuk dirinya berada disini kerana umi. Namun kenapa hatinya terusik dengan kata-kata mesra dari Adi? Kenapa dirinya ingin sentiasa mengembirakan Adi?kenapa rina sanggup menangguhkan pekerjaannya semata2 untuk memenuhi permintaan Adi walaupun dirinya tahu dia diperalatkan.
Rina tidak menafikan dirinya sedikit gembira dan lega apabila hubungan Adi dan kak mar putus. Seolah2 peluang untuk dirinya memiliki Adi terbuka.
Sudah jatuh cintakah dia?
Kenapa x makan lagi? Tanya Adi sambil menarik kerusi dihadapannya.
Rina terpinga2...mimpikah dia?
Mana nasi? Tanya Adi apabila melihat Rina masih merenung kosong dirinya.
Surina?
Yea...yea...nasi...ok...nasi..jap...bingkas rina tersedar bahawa dia tidak bermimpi. Lantas nasi dihidangkan.
Adi makan bersahaja malam itu.
Tidak sedap ke dia masak?
Nak tambah?tanya Rina apabila melihat nasi dipinggan Adi sudah hampir habis.
Adi hanya mengeleng. Dan teruskan menghabiskan sisa nasi dipinggannya sebelum mencuci tangan dan berlalu masuk ke bilik.
Rina hanya tercengang memerhati Adi meninggalkan dirinya keseorangan. Biasanya Adi akan menemaninya mengemas dapur sebelum berehat.
Ada sesuatu yang x kena dengan Adi. Diakah puncanya? Minda Rina membuat kesimpulan.

YOU ARE READING
Maafkan aku
RomanceAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...