Part 20: Pupuk kemesraan?

633 5 0
                                    


2 hari kemudian

Umi sudah dibenarkan keluar hospital. Keadaannya semakin pulih tambahan pula bila melihat Adi dan Rina sentiasa bersama. Sepanjang 2 hari yang berlalu, Rina cuba sedaya upaya mengelak untuk berdua- duaan dengan Adi. Kehadiran kak long sekeluarga juga sedikit sebanyak membantu Rina sibuk. Masanya banyak dihabiskan dengan membantu nenek di dapur atau membantu kak long menguruskan anak-anaknya seramai 3 orang. Masa terluangnya dihabiskan dengan menyiapkan kertas kerjanya yang terbengkalai. Adi juga sibuk menyiapkan kerjanya atau bermain dengan anak-anak kak long.

Adi mano? Tanya Umi pada Kak long yang sedang meyuapkan nasi.

"Ada kat luar umi, tengah main ngan naim." Jawab kak long

Rina? Tanya umi lagi

Tadi kat dapur, tengah masok bokali"

Umi mengangguk. Puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh kak long walaupun terasa sedikit terganggu.

Sepanjang dihospital mata tuanya dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan Adi dan Rina. Yea..dia tahu dia yang mahukan mereka bersama. Malah dia meggunakan kesihatan sebagai ugutan. Firasatnya kuat menyatakan bahawa Rina adalah wanita yang terbaik untuk satu-satunya anak lelakinya. Bukan mardiah cinta hati anaknya. Sebab itu kawan baiknya dipujuk. Rancangan diatur. Namun, dia tidak dapat mengawal hati mereka. Komitment kerjaya menjarakkan mereka. Dan memberikan mereka alasan untuk mengabaikan hubungan yang ada. Selama beberapa bulan dia cuba memberikan mereka masa. Cuba dipujuk anak dan menantunya. Tapi tidak Berjaya sehingga tahap stressnya memudaratkan kesihatanya. Dan akhirnya dia dihospital. Barulah dia dapat melihat anak menantunya bersama. Berpegangan tangan. Tapi berapa lama, selepas mereka kembali pada kehidupan mereka mereka akan kembali seperti biasa. Apa yang perlu dia buat.

Maafkan akuWhere stories live. Discover now