Selepas makan malam, Rina hanya berlalu mengurungkan diri di dalam salah sebuah bilik yang lengkap dengan meja kerja. Tiada apa yang dibualkan mereka semasa makan malam tadi. Adi cuba untuk memulakan bicara namun tiada respon daripada Rina. Tidak mengangguk atau membantah. Membiarkan kata-kata Adi berlalu seperti angin lalu. Hanya suapan demi suapan silih berganti.
Adi P.OV
Lama Adi berdiri dihadapan pintu bilik Rina. Berkira-kira mahu mengetuk atau tidak. Kejadian petang tadi yang memulakan hubungan dingin ini. Tindakan spontannya mencium Rina tadi mengundang sifat pendiam Rina. Memberontak dalam senyap. Tetapi bukan sengaja. Perasaannya tidak dapat dikawal. Adi hanya lelaki biasa yang bersama wanita yang dicintai dan halal untuknya. Lagipun sudah lama mereka tidak bersama. Batinnya meminta.
Tetapi Adi sedar,Rina masih belum menerimanya. Rina masih mengharapkan perpisahan. Apa yang dilakukan Rina adalah kerana tanggungjawab. Sesuatu yang harus dilakukan agar tiada sesiapa disakiti. Adi yang sentiasa memaksa Rina melakukan sesuatu. Rina tidak pernah memulakan. Rina tidak pernah mengejarnya. Malah sekarang Adi sedar dia cuba mengurung Rina di sangkar ini. Mengharapkan suatu hari nanti Rina akan menerimanya sepenuh hati kerana Adi tahu Rina akan pergi meninggalkannya bila-bila masa sekiranya tali yang mengikatnya tidak ditarik.
Huh..keluhan lemah dihembus perlahan oleh Adi. Adi ingin berbicara dengan Rina. Memohon maaf diatas kesilapannya selama ini, kehilangannya selama seminggu ini,juga atas ketamakkannya untuk terus mengikat Rina dalam perkahwinan ini. Namun,keberaniannya belum ada.
Adi hanya mampu bersandar dipintu bilik Rina.Rina P.O.V
Selepas makan malam, Rina cuba menyesakkan fikirannya dengan formula-formula dan huruf-huruf yang seakan-akan ulat yang perlu dibacanya. Namun, peristiwa Adi menciumnya secara tiba-tiba masih berlegar-legar dikepala Rina. Konsentrasinya terganggu.
Masih terasa aroma dan rasa dibibir Rina. Ini kali pertama mereka bercium bibir. Yea..walaupun sudah beberapa kali mereka bersama,tapi Rina selalu mengelak apabila Adi mahu mencium bibirnya.lagipun mereka bukan making love yang memerlukan setiap langkah. Mereka berhubungan untuk menunaikan tanggungjawab dan tuntutan nafsu.Oleh itu, Rina tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Adi. Jiwanya keliru. Apakah perasaan yang baru timbul dihatinya? Kenapa dia membiarkan Adi menciumnya. Kenapa matanya dipejam. Terasa lama Adi menciumnya tadi. Rina hanya menolak apabila Adi cuba untuk menciumnya kali kedua.
Marahkah dia atas kelakuan Adi menyerangnya sebegitu atau
Benci, Sedih, suka,gembira?Arghhhh!!
Rina tidak suka perasaan ini.
Rina tidak sukakan Adi
Rina tidak suka perkahwinan ini.
Rina tidak cintakan Adi.Sepanjang mereka makan malam tadi, Rina tidak berani untuk bertentang mata dengan Adi. Takut Adi mampu membaca hatinya yang keliru dan gelisah. Malah apa yang dibicarakan Adi berlalu seperti angin sahaja. Apa yang menarik perhatian adalah melihat bibir Adi yang mengungkapkan kata-kata. Membayangkan tangan Adi yang runcing tergapai-gapai bercerita memegang lehernya untuk medekatkan wajah mereka. Aroma pewangi yang menusuk hidungnya. Semuanya seperti adegan heroin jatuh cinta dengan hero dalam drama yang ditonton.
Adakah Rina sudah jatuh cinta pada Adi?

ANDA SEDANG MEMBACA
Maafkan aku
Storie d'amoreAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...