Rina masih melulut disebelah sofa. Tangannya masih memeluk botol mineral. Entah bila dia terlelap dia tidak pasti.
Adi keluar dari bilik air dengan memakai seluar pendek dan t-shirt sambil tangannya sibuk mengeringkan rambut dengan tuala.
Matanya ternampak baju t-shirt pink masih terletak atas katil. Matanya terus mengarah kearah sofa. Dan melihat Rina yang melulut sambal memeluk botol mineral dengan mata terpejam tersandar pada sofa.
Kakinya melangkah menghampiri rina. Wajah rina yang sembab direnung. Tudungnya sedikit senget. Bawah matanya masih basah dengan air mata.Masih jelas riak ketakutan diwajah rina walaupun dalam tidur.
"Adi..what have you done? Rina do nothing to you." Keluhan lemah dilepaskan untuk menghilangkan rasa bersalah yang bersarang dihatinya.
Matanya menghala melihat bilik yang bersepah. Sebelum bergerak kea rah katil. Kuapan mulutnya dikatup. Bantal dilantai di ambil dan diletakkan kembali ke atas katil. Kakinya kembali melangkah kea rah Rina.
Rina...panggilnya lembut sambal melambai dihadapan muka rina agar tidak terkejut. Tetapi tiada respon.
Botol mineral ditangan rina cuba diambil. Tetapi rina kejap memegang botol itu. Kalau ikut logic Apa la sangat botol tu boleh buat padanya.
Rina..jom tidur atas katil..sekali lagi adi memanggil. Rina masih tetap berdiam diri. Sedikit pun tidak berganjak.
Tiada pilihan lain. Tubuh rina dicempung dan mengarah ke katil. Wangian badan rina mengocak iman lelakinya. Sekali lagi jiwanya berkocak. Entah wangian apa yang dipakainya pun adi tidak pasti.
Rina diletakkan perlahan di atas katil. Kepalanya dibetulkan. Tudungnya dibuka mendedahkan rambut hitam rina yang wangi. Cermin matanya ditanggalkan dan diletakkan disisi katil. selimut ditarik untuk menutup tubuh rina dari kesejukkan air cond. Sebelum adi merebahkan dirinya disebelah rina. Kesempatan diambil untuk mencium ubun2 rina sambil mengucapkan selamat malam.
YOU ARE READING
Maafkan aku
RomantikAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...