56: Noktah

246 5 1
                                    

Adi tetap manusia biasa, walaupun perasaan cintanya pada Mardiah mungkin sudah tidak sekuat dulu,  namun wajah sugul Mardiah di airport tadi tetap mengganggunya.

Hatinya sedih bila menatap wajah sugul wanita yang selama hampir 5 tahun menemaninya. Selama 3 hari bersama Mar, dia cuba mengelak dari berkelakuan yang boleh menimbulkan salah sangka. Hatinya sedih, namun perasaan dia cuba untuk bersikap neutral. Apatah lagi apabila dirinya teringat pada wajah sugul Rina dihotel yang lepas.

Adi...Mar menegurnya.

Boleh kita bercakap sekejap..Mar memberikan isyarat untuk ke kafe yang terdekat. Dia tidak perlu jawapan dari Adi, kerana dia tahu Adi akan mengikutnya.

Adi melihat jam ditangan. Juga matanya melirik ke arah Mar yang sedang mengheret begnya ke kafe warisan.

Adi berkira-kira untuk berlalu pergi atau mengikut Mar. Perasaannya bercampur baur.

Hatinya ingin segera berjumpa Rina. Tetapi dalam masa yang sama dia ingin mendengar apa lagi omongan dari mardiah.

Adi membuka phonenya.

I here.
Wait for me.
I miss you.

Dia menaip mesej ringkas kepada Rina.
Dia mengharap mesej hatinya sampai kepada Rina.

Hubungannya dengan Mardiah perlu diselesaikan dengan noktah.

Maafkan akuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang