Part 17: Lari

623 5 0
                                        

Penolakan mar amat mengecewakan adi. Dirinya tidak pasti mahu kemana.Entah berapa lama dia termenung di tepi kolam renang. Dia Cuma tersedar apabila hujan rintik2 mula menitis membasahi bumi. Tetiba—tiba adi tergelak dan menangis dalam masa yang sama. Menghamburkan segala yang dirasa.

Rina masih terkejut dengan apa yang berlaku. Setelah dirinya mampu bertenang sedikit. Rina melangkah ke bilik air. Wajahnya sembab kerana menangis. Rambutnya kusut masai. Bajunya terkoyak sedikit mendedahkan dadanya. Tidak disangka Adi akan berkasar dengannya. Apa sebenarnya yang merasuk adi. Kalau sebelum ni pandang aku sebelah mata pun dia x ingin. Masih terasa lagi layanan dingin semasa majlis penikahan mereka. Dan sepanjang penikahan mereka, adi langsung tidak menhubunginya kecuali 3 hari yang lalu.

Wajahnya diteliti. Terdapat sedikit luka dihujung bibirnya. Jemarinya menyentuh luka di bibirnya mengembalikan ingatannya pada ciuman yang adi berikan. Walaupun sedikit kasar, tapi masih terasa kehangatan. Kesan merah pada tangannya dan juga beberapa bahagian lain membuatkan nafasnya kembali laju.

Apa yang aku kena buat...macam mana kalau adi kembali? Aku perlu pergi dari sini." Hatinya berbisik. Tangannya mengigil membuka pili air untuk membasuh wajahnya.. rambutnya disikat. Pakaiannya dibetulkan..setelah puas ati dengan penampilannya. Rina membuka pintu bilik air..dengan pasti matanya melilau mencari beg tangan dan telefonnya.

Setelah memastikan semuanya ada. Jemarinya pantas mendial lobi untuk hubungi teksi. Tetapi belum sempat panggilannya disambung, kedengaran pintu dibuka. Dan berdiri Adi dalam keadaan basah bersama paperbag.

Awak buat apa?

Dengan pantas Rina mengapai botol mineral yang terletak ditepi katil dan berlari menjauhi Adi.

Jangan dekat." Jerit Rina sambal mengacu botol mineral kearah adi.

Sedikit tersengih adi melihat gelagat Rina. Walaupun hatinya sedikit kesian melihat ketakutan diwajah yang polos.

Don't worry...I don't have the mood right now. Tanganya mencapai sesuatu dari paperbag.

Mata Rina masih waspadan pada setiap pergerakkan Adi walaupun sedikit lega mendengar pengakuan adi.

Nah..sehelai t-shirt warna pink dihulur kepada Rina.

Rina melihat pakaian.. yea..dia sedar dia perlu tukar.

Letak ja kat situ.

Adi meletakkan t-shirt yang dibelinya di lobi hotel di atas katil. Tanganya diangkat bila rina masih mengacukan botol mineral kearahnya.

Dengan yang masih terangat adi bergerak kea rah bilik air. Dia penat, rimas dan melekit dengan pakaian basah ditubuhnya. Paperbag yang dietakkan ditepi pintu dicapai. Pintu bilik air dibuka. Tetapi sebelum kakinya melangkah ke dalam bilik air. Dengan langkah yang laju dia menghala kea rah Rina yang tidak bersedia. Begnya dirampas

"Don't go anywhere" Adi memberi amaran sebelum berlalu ke dalam bilik air.

Rina terduduk. Lututnya lemah. Dan benaknya berfikir apa yang perlu dia buat sekarang. jiwanya sebak dan ketakutan.

Maafkan akuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang