46: kotoran

516 8 0
                                    

Setibanya dihadapan bilik bernombor 554, langkah Rina terpaku.Berbagai andainya bermain difikirannya.Perlukah dia mengikut rentak Adi atau mohon bantuan daripada orang-orang disini. Sekiranya dia meminta tolong apa yang akan diberitahu, suaminya cuba untuk merogolnya atau memukulnya. Tegakah Rina memalukan Adi sampai begitu sekali walaupun kadang-kadang perangai hantu Adi menyebabkan Rina berasa layak Adi diperlakukan sebegitu.

Wajah umi terbayang di ruang mata Rina. Tegakah Rina melukakan hati umi yang tidak sihat. Pesanan ma dan abah tergiang-giang di kepala supaya sentiasa menjaga nama baik keluarga, jangan sampai orang labelkan Rina sebagai anak yang kurang diajar. Ceramah ustazah juga menimbulkan rasa bersalah dihati kecilnya. Meminta cerai...Ya Allah apa yang telah dia ucapkan...bergegar tiang arasy dengan ucapan itu. Dia tidak salahkan Adi kalau Adi benar-benar marah. Rina tidak tahu kenapa permintaan itu keluar daripada mulutnya. Adakah benar Rina meminta hubungan mereka diputuskan kerana membenci Adi atau kerana takut pada perasaannya sendiri. Takut dirinya benar-benar menyayangi Adi dan kemudian dilupakan.

Sentakan tangan Rina membawanya kembali ke alam nyata. Entah bila dan bagaimana dia kini betul-betul berada di ruang tamu sebuah bilik hotel. Biliknya sangat luas, dilengkapi dapur dan ruang tamu. Seolah-olah sebuah studio. Kelihatan Adi mencampakan tas tangannya di walk in closet dan mencapai baju dan tuala lalu dihulurkan kepada Rina.

"Pergi mandi dulu, bersihkan kotoran kat baju tu" ujar Adi sambil menunjukkan dimana bilik air.

"Kotoran?"Rina memandang pakaiannya yang terpalik sedikit sisa kuah dan minuman yang ditumpahkan Adi tadi. Baru Rina sedar lengannya merasa sedikit melekit.

Tuala dan baju yang diberikan oleh Adi disambut. Adi kemudian melangkah ke sofa dan dengan santai menonton televisyen.

Rina dengan Perlahan melangkah ke bilik air. Pintu dikunci. Aliran paip i sinki dibuka untuk mencuci kotoran dan membasuh muka..kemudian Rina terduduk di toilet. Dirinya masih belum pasti untuk berbuat apa. Melihat dirinya yang serabai dan ketakutan di dalam cermin benar-benar memalukan. Rina bukanlah seorang wanita yang lemah. Rina mampu untuk menghadapi segala situasi dengan bijak dan tenang. Namun, setiap kali dirinya bersama-sama Adi. Dia selalu salah bertingkah. Sentiasa menjadikan dirinya badut yang boleh digula-gulakan oleh Adi.

Lengan baju kemejanya yang basah di pandang. Baju t-shirt Adi yang tergantung juga dipandang. Otaknya berlegar-legar untuk membuat keputusan.

Setelah seketika, Rina keluar dengan memakai t-shirt yang diberikan Adi tetapi dengan berpakaian lengkap bertudung.

Rina berasa lega melihat  Adi terlena di atas katil. Dirinya cuba untuk mencari tas tangan dan telefon.Namun usahanya sia-sia kerana Adi meletakkan tas tangan dan telefonnya di peti besi yang dikunci.

Rina kemudian cuba mencari kunci kereta atau dompet adi namun juga tidak berhasil.

Lama Rina termenung memandang telefon hotel, Adakah benar dia perlu melibatkan orang luar dalam masalah mereka?

Tangan Rina teragak-agak untuk mendail..

"Mahu telefon siapa?" Suara Adi mengejutkan Rina.

Adi melangkah ke arah Rina yang masih mengemgam gangang telefon. Butang bajunya yang terbuka menampakkan susuk tubuh Adi yang sasa. Tubuh yang hangat dan sedap dipeluk.

" Like what you see?" Adi senyum sinis sambil menarik tangan  Rina dan meletakkannya di dadanya.

"It's yours" Adi membisikkan godaan ditelinga Rina.

Wajah Rina memerah dan hangat.
Hembusan nafas Adi ditelinganya mengembalikan ingatan Rina kepada malam kenikmatannya sebulan yang lalu.

"Nice style, you really never disappoint me"

"Adi..please.." entah rayuan Rina adalah untuk Adi berhenti atau memninta Adi untuk terus mengodanya

"I admit that you are killing me today, love" Adi memeluk Rina untuk memberitahu keinginannya yang sedang terpacak.

"But, i will not force you.. just stay with me tonight..please" suara Adi lembut penuh menggoda.

Rina hanya terpaku.


Maafkan akuWhere stories live. Discover now