Saya balik johor.
sepulangnya Adi dr pejabat petang tadi, merata rumah dia mencati Rina.
Hanya sekeping nota yang ditinggalkan oleh Rina terselur di celah pintu biliknya. Berlegar-legar persoalan di benaknya kenapa Rina tergesa2 pulang ke johor lebih awal dari perancangan. Tanpa memaklumkan padanya apatah lagi mahu meminta kebenaran darinya.Adakah urgent sangat sehingga tiada langsung usaha daripada Rina untuk menhubunginya. sekiranya tidak mahu menelefonnya, boleh saja mengirimkan pesanan melalui wassup atau apa2 sahaja media sosial.
Adakah Rina marah padanya atas perbuatannya semalam? Tetapi Adi tidak memaksa Rina semalam. Walaupun Adi tahu Rina was-was tetapi Rina tidak menolaknya.malah dia menikmatinya. Adakah Adi melakukan sesuatu yang tidak di sukai Rina. Puas benaknya memikirkan kenapa Rina bertindak sebegitu.
Puas dibelek-belek telefonnya menanti2 panggilan atau mesej dr Rina. Bermacam-macam persoalan dibenaknya. Sudah selamat sampai ke belum?Dah makan ke belum? sudah beberapa kali dirinya memeriksa sekiranya telefonnya berfungsi.Namun, Adi merasa seperti menunggu buah yang tak akan gugur.
Beberapa kali telah Adi mencuba untuk mendial atau menghantar pesanan kepada Rina, tetapi perasaan egonya menghalang. Apatah lagi sebenarnya, dia juga merasa kekok selepas kejadian semalam. Lahir suatu perasaan indah yang sukar digambarkan disudut hati kecilnya. Perasaan yang memberikannya ketenangan dan juga kerisauan.
Adakah dirinya telah benar2 jatuh cinta pada Rina. Adakah dia telah termakan sumpah yang dibuatnya. Kehadiran Rina walaupun hanya sekejap didalam hidupnya,tetap dapat mengocah imamnya, tetap menjadikan seorang lelaki yang normal. Perasaan itu benar2 membuatkan dirinya terbuai rasa senang. Benar2 membuatkan dirinya penasaran. Padahal, rina tidak pernah berbual lembut padanya. Tidak pernah sekalipun tersenyum ikhlas hanya untuknya. Tidak pernah sesekalipun mengodanya.Rina hanya diam di satu sudut jauh darinya. Rina hanya berbual apabila dirinya ditanya soalan.itupun sangat minima jawapan yang perolehinya.Rina yang sentiasa menjauhi dirinya. namun kenapa hatinya berdetak kencang apabila melihat Rina tersenyum manis apabila berbual dengan umi?Kenapa matanya tetap melirik Rina yang diam dihadapan laptop menyiapkan kerjanya? Kenapa Adi sangat geram apabila Rina hanya menjawab sepatah2 soalannya? Kenapa dirinya terasa diabai apabila Rina menjauhi dirinya..dan kenapa dirinya sentiasa mencari alasan untuk mendekati Rina?Memang benar umi memintanya memberi Rina peluang, memintanya untuk mencintai Rina.tetapi kenapa Adi merasakan semuanya yang dilakukan adalah ikhlas dari hati Adi. malah semakin kuat apabila dirinya dan Rina semakin dekat. Dan kejadian semalam menguatkan lagi rasa yang hadir dihatinya.
Akhirnya Adi mengalah.
Kenapa balik jb x bgtau?
Diam.
Diam.Arghhh
Awak sampai pukul brapa?
Masih bertanda satu
Adi hanya memandang skrin tuk melihat tanda biru.
Tiada.
Nombor Rina didial. Lama deringan dibiarkan sepi.Adi ingin mengalah.
Helooo...
Kedengaran suara yang menjawab, namun bukan Rina
Er...helo...ni telefon Rina kan?
Iye..Rina dalam toilet..boleh saya bantu?
Owh...Adi menarik nafas lega..
Ok la kalau dia dh selamat sampai. Tolong maklumkan kat Rina husbandnya call. Terima kasih.
Dah...dia selamat sampai petang td..akak pegi amek dia kat bus stop. Jadi suaminya Rina jgn risau na...dia selamat. Nanti akak bgtau Rina na...jgn risau la...akak akan tolong jagakan Rina kat sini...
Terima kasih akak...nama saya Adi...
Iye Adi ..sama sama..
Assalamualaikum.
Click.
Adi hanya terkebil melihat skrin..hatinya sedikit lega. Sekurang-kurang Rina selamat.
YOU ARE READING
Maafkan aku
RomanceAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...