Part 27: Plan

527 6 0
                                    


Rina lain dari mardiah atau mana-mana perempuan lain. Sukar untuk dia nyatakan kelainannya dimana. Kekadang dia seperti kanak-kanak...naif..dan kekadang seperti gadis remaja yang penuh impian... dia juga boleh menjadi matang dan profesional. Dia juga penuh dengan jiwa keibuan. Dia seperti menkarung..tahu warna apa yang perlu dirinya diasimilasi mengikut keadaan dan suasana. Tapi dia tetap rina...rina yang sukar ditembusi kawasan selamatnya. Rina yang sentiasa memakai topeng untuk mengembirakan hati orang sekelilingnya. Jiwa dan hatinya diPagari oleh pagar yang tidak Nampak dimata. Walaupun dia menurut, tapi dia masih melakukannya mengikut fikirannya. Tanpa dapat dikawal oleh sesiapa. Tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan dirinya sendiri.

Aku harus cari rancangan untuk dia tinggal disini beberapa hari lagi. Hubungan ini perlu diberi nama. Hubungan ini tidak sama seperti 3 bulan lepas. Adi sedar dia rindukan rina sebaik sahaja melihat wajah rina pagi tadi. Tapi adi tidak dapat tunjukkan dirinya excited dan berlagak dingin. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia peluk dan cium rina. 4 hari dia tidak dapat menatap wajah rina dan hanya mendengar Raport dari umi atau nenda tentang apa yang rina lakukan dan kekedang menggunakan alasan untuk bertanya tentang perkembangn umi hanya untuk mendengar suaranya. Suara yang menjadi musiknya. Tetapi adi tidak akan mempunyai alasan lagi untuk mendengar suara itu jikalau rina pulang ke johor tanpa menamai hubungan mereka selain suami isteri di atas kertas.

Maafkan akuWhere stories live. Discover now