Suasana pagi yang damai tidak menghilangkan rasa gundah dihati. Masing- masing membisu seribu kata walaupun banyak yang ingin diungkapkan.
Pelbagai permintaan dan keinginan dibenamkan oleh rasa bersalah. Adi sedar dirinya telah banyak melukai Rina. Sebelum ini, rasa bersalahnya dilupai kerana Rina seperti tiada perasaan. Kekal statik atau ketakutan. Tidak pernah dia melihat wajah Rina sugul dan sedih seperti pagi ini. Matanya sembab kerana menangis,tetapi tiada lagi ketakutan. Hanya teraup rasa sedih.
Adi tahu Rina menangis lagi subuh tadi, tangisannya syahdu walaupun cuba untuk ditahan.
Rina berhak marah padanya kerana dia telah merampas segala ketenangan hidup Rina. Sekiranya dari awal dia mencari Rina setelah mengetahui rancangan umi. Mungkin perkara ini dapat dielak. Walau harapan untuk mereka tidak disatukan agak nipis, sekurang-kurang mereka mencuba. Sekurang-kurang Rina membuat pilihan itu. Dan sekirannya Adi berkeras mengatakan tidak adakah umi akan tetap memaksanya. Perasaannya bercelaru bermula dari saat dia menatap gambar Rina. Dia cuba menjejak ingin memarahi Rina yang telah menghasut umi.Namun jiwanya kalah apabila Rina langsung tidak memandangnya seperti kebanyakan gadis yang lain. Rina langsung tidak menganggap dirinya istimewa. Malah dia juga asyik melayan mamat india dari melayaninnya. Tutur kata Rina jujur dan tersusun. Karisma dan keprofesionalannya terserlah walaupun dia hanya seorang pelajar. Adi seperti dilanda cemburu apabila mamat india itu langsung tidak berenggang dengan Rina. Itulah yang dirasakan Adi setahun yang lalu.
Dan pada malam pernikahan mereka sekali lagi Rina kelihatan sangat maksum dengan busana putih dan tangan berinai. Walaupun wajah kosong tanpa rasa. Malam yang sepatutnya indah dicemari dengan keegoannya. Selepas malam itu, walaupun jasad mereka tidak bertemu, jiwa Adi tetap memburu rasa rindu pada Rina. Dan disetiap kesempatan yang ada, Adi tetap mengintai Rina dari jauh. Cuba membunuh rasa yang hadir, menipu dirinya seorang lelaki yang setia. Mencintai Mardiah seorang sahaja.
Pada malam itu, Adi tewas. Adi tidak dapat lagi menipu kebutuhan dirinya. Keinginan dirinya yang sentiasa terpesona dengan Rina. Tanpa mengakui perasaannya, Adi mengambil kesempatan ke atas kebaikan Rina. Rayuannya menyebabkan Rina menyerah. Rina memang bukan egois seperti Mar. Benar kata umi, Rina gadis yang polos. Rina hanya menelan apa sahaja yang dilakukannya. Namun dia juga tidak hanya menerima.Rina seperti merpati, di sangka sudah jinak tetapi apabila didekati dirinya akan semakin jauh. Walaupun di perangkap di dalam sangkar, jiwanya masih belum bisa dijinak. Senyap tidak melawan seperti menyerah, tetapi bila-bila masa akan terbang bebas ke angkasa. Dirinya tidak dapat membayangkan, sekirannya Rina tiada lagi dalam hidupnya. Oleh itu,
Diri Adi belum bersedia melepaskan Rina kali ini, kerana dia tahu sekiranya Rina terlepas kali ini, harapannya untuk memiliki Rina sangat nipis. Salah tingkahnya, entah ke mana Rina akan lari.Jadi bagaimama dia mahu mengikat hati Rina padanya tanpa perlu memaksa? Bagaimana dia mahu mulakan semula hubungan mereka. Bagaimana dia mahu mengatakan rasa cintanya pada Rina? Mahukan Rina percaya akan kata-katanya? mahukah Rina menerimanya.
Persoalan Rina semalam sudah ada jawapannya
"Do you love me?"
"Yes, I do, always, my love."

YOU ARE READING
Maafkan aku
RomanceAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...