Adi P.OV
Adi sempat memerhati rumah atau lebih tepat ruang yang dihuni oleh isterinya sepintas lalu sebelum dia ke toilet.
Ruangnya kecil dengan hanya 1 bilik dan ruang dapur. Lengkap dengan benda asas. Kehidupan sebagai pelajar dapat dirasai dengan buku dan kertas-kertas yang bertompok.
Kata Rina, ruangan itu dihuni bersama beberapa rakannya.
Dengan hanya 1 bilik,mereka kongsi bersama.
Tiba-tiba Adi merasa sangat bersalah kerana mengabaikan tanggungjawabnya. Sepatutnya Adi wajib menyediakan temoat tinggal juga nafkah zahir yang lain-lain kepada Rina. Walaupun perkahwinan ini bukan atas kehendaknya.
Ya Allah...Adi merasa sangat berdosa.
Rina P.O.V
Sementara Adi di dalam toilet, Rina sibuk mencari tuala yang bersih untuk Adi gunakan. Kehidupan dia disini sangat ringkas sesuai dengan kehidupan sebagai pelajar.
Menjadi seorang isteri bukan dalam perancangannya, sebab itu dia rasa memadai mempunyai tempat untuk berteduh malah dikira agak selesa.
Namun pandangan Adi yang sedikit terkejut melihat ruangannya tadi membuatkan dia berasa kerdil.
Memang ruangan ini hanya dilengkapi barangan asas dan dikongsi bersama-sama rakan seperjuangannya. Tapi bagi mereka ini sudah cukup membahagiakan. Kehidupan mereka bahagia tanpa perlu memikirkan hutang dan sewa.
Ruangan itu diberikan kepada salah seorang rakannya yang bertugas sebagai pembantu felo. Ruangan itu terlalu besar jntuk dihuni seorang,jadi dia mengajak beberapa rakannya untuk duduk bersama. Mereka tidak perlu membayar sewa cukup dengan berkongsi untuk membeli makanan. Dan mereka bahagia bergelak tawa dan sedih bersama diruangan itu.
****
Bunyi bukaan pintu tandas mengejut Rina dalam nostalgianya bersama rakan-rakanya disitu.
Tuala yang bersih dicapai lalu bergegas keluar dr bilik dan menutup pintu bilik supaya Adi tidak berpeluang untuk melihat isi bilik yang bersepah dengan baju yang bergantungan.
Tuala yang bersih dihulurkan kepada Adi untuk mengelap muka dan tangannya.
Rina tidak tahu untuk bertingkah. Tidak manis untuk dia membiarkan Adi berlama-lama disini dan juga tidak tahu bagaimana untuk menghalau lelaki yang bergelar suaminya itu kerana mereka tidak salah, cuma tidak enak dipandang orang kerana orang2 sekeliling tidak mengetahui status mereka.
"Erm..boleh buatkan saya teh or apa-apa.." Adi memandang Rina dengan sedikit canggung.
"Duduk la dulu..saya buatkan breakfast" Ujar Rina apabila mendengar bunyi keroncong dari perut Adi. Sambil matanya melihat jam ditangan. Sebelum memasuki dapur, Rina sempat mencapai telefon untuk memaklkmkan pada rakan-rakan akan kehadiran Adi diruangan mereka supaya mereka tidak terkejut.
Adi melangkah ke ruang tamu dan melabuhkan dirinya ke kerusi dan memasang tv. Sambil matanya meliar melihaat sekeliling.
Dihadapan tv terdapat 1 tilam nipis dan juga bantal, mungkim ada yang tidur di sini. Juga terdapat meja jepun dengan laptop terbuka, dan kertas-kertas yang penuh nota.
Diruangan itu juga terdapat meja makan dengan 6 kerusi. Ini sudah cukup memenuhi ruangan yang didudukinya. Ruangan dapurnya agak besar,mungkin kerana hanya mempunyai peti ais yang kecil dan dapur memasak, beserta alat-alat kelengkapan asas.
Juga terdapat 1 pintu kemungkinan bilik tidur.
Adi membuat keputusan, Rina memerlukan 1 rumah yang lebih selesa. Juga dia tidak perlu membazir wang untuk menyewa hotel setiap kali dia datang ke johor untuk berjumpa isteri.
Dengan pantas dia membuka laman web mudah.com untuk mencari rumah sewa yang sesuai. Agak mahal juga sewa rumah sekitar universiti ini. paling murah RM 400, rumah flat tingkat 5, tanpa ada perabot.
Jenuh jugak Adi memcari-cari yang sesuai.Tanpa Adi sedar, Rina memanggilnya untuk bersarapan. Dan haruman teh dan nasi goreng mengembalikan rasa laparnya. Baru Adi teringat last dia makan semasa di airport Riau. Setibanya dia disini, hanya Rina diingatannya
![](https://img.wattpad.com/cover/144158375-288-k314467.jpg)
YOU ARE READING
Maafkan aku
RomanceAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...