Pengalaman baru seharian menghabiskan masa di daerah pontian , titik hujung selatan malaysia. Melihat selat yang terbentang luas sejauh mata memandang. Memerhati ikan belacak melompat di tepian paya bakau untuk kelangsungan hidup. Pokok-pokok paya bakau yang mencanak tinggi untuk membenteng keruntuhan tanah dan banjir memerangkap sampah-sarap di lautan, langit yang membiru memberikan kenikmatan cuaca yang indah dan nyaman. Dan matahari terbenam di ufuk barat menyelinap secubit rasa bahagia dihati bahawa tiadanya kebencian dijiwa ketika ini.
Hakikat tangisan semalam seperti mimpi. Kebencian semalam hilang di bawa oleh deruan ombak. Perkara yang boleh mengusarkan rasa dilupakan seketika membuatkan mereka mampu tersenyum, walaupun sedikit pahit.
Hakikat Adi dan Rina mampu tersenyum dan menikmati pengalaman ini membuktikan bahawa hidup ini mampu indah sekiranya mereka mencuba dan melupakan segala salah faham. Kehidupan suami isteri, ikatan takdir yang sukar dimengerti. Benci, rindu dan sayang bersatu. Umpana sempadan negeri di Malaysia yang boleh direntas tanpa sekatan. Kerana itu, sukar untuk menjangka ikatan ini akan kekal atau tiba-tiba boleh terputus seperti putusnya hubungan korea utara dan korea selatan.
"Terima kasih" ucap Rina apabila Adi menhentikan keretanya dihadapan kolej yang diduduki.
Seat belt dilepas kan perlahan. Perasaan nya berat untuk berlalu begitu sahaja.
Adi hanya mengangguk sambil memerhatikan Rina.
Awak terus balik KL? Ujar Rina.
Uh um..
Tak penat ke? Hakikat Adi kurang rehat dan tidur sedikit mengusarkan hati Rina kerana pemanduan ke KL bukannya dekat dan malam juga telah larut.
Adi cuma tersenyum.
InsyaAllah..esok saya kerja.
Umm...hati-hati..Rina memegang tombol pintu kereta.
Rina...panggilan Adi menghentikan perbuatan Rina.
Maafkan saya.
YOU ARE READING
Maafkan aku
RomanceAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...