45: Marah

496 6 3
                                    

Setiba Rina di kawasan parking, Adi telah siap menunggu di dalam kereta.Bersedia untuk bergerak.

Rina teragak-agak untuk masuk ke dalam kereta. Setelah membaca surah 3 kul, Rina memberanikan diri. Apa nak jadi, jadi la...tak kan Adi nak pukul atau bunuh. Walaupun Adi tu dikategorikan baran, Rina tahu Adi jugak seorang yang penyayang.

Adi terus menekan minyak apabila Rina memasuki kereta. Rina terkejut, namun perasaannya ditahan supaya kemarahan Adi tidak melarat. Di dalam hati, Rina hanya berdoa semoga semuanya akan cepat² selesai.Jemari memegang erat tali pinggang keselamatan seolah2 nyawanya boleh melayang bila2 masa

Perjalanan hanya sepi, entah ke mana Adi cuba memecut keretanya Rina juga tidak pasti. Memang dia telah lama disini, tetapi jalan2 di bandar tidak dia hafal. Dunianya hanya berpusar di kawasan universiti. Dunia luar adalah asing baginya. Tiada keperluan untuk dia menghafal jalan2 di sini.

Apabila melihat bangunan Goodhope hotel menyebabkan perasaan Rina sedikit lega. Sekurang-kurang Adi tidak melencong ke arah yang tidak diketahuinya.

Pemanduan Adi jugak sudah sedikit tenang. Wajah Adi yang dipandang dengan bantuan lampu jalan sudah sedikit jernih. Tidak seketat tadi. Tapi boleh ke dia bersuara?membuak2 perasaan untuk bertanya mereka mahu ke mana?malah Rina juga sebenarnya ingin pulang. Dia benar-benar lelah. Permintaan cerainya adalah kerana dia lelah dalam permainan perasaan ini. Dia seorang yang tidak suka bermain dengan perasaan. Bagi Rina perasaan adalah sesuatu yang membingungkan, soalah matematik yang tiada jawapan yang tepat.Perasaan adalah soalan subjektif yang samar jawapannya. Tiada skema yang tepat. Tiada salah dan betul. Format peperiksaan yang paling dibencinya. Kerana dia tidak dapat menjawab soalan itu dengan betul.Seperti ujian bahasa melayu dan sejarah. Apa sahaja boleh menjafi jawapan bergantung kepada konsep permarkahan.
Tidak seperti soalan matematik yang hitam dan putih jawapannya. Yang jelas salah dan betulnya. Tiada siapa yang dapat menyangkal jawapannya.

Kelihatan simpang ke UTM hanya dilalui oleh Adi, putus sudah harapan Rina untuk pulang. Hatinya hanya pasrah ke mana sahaja Adi ingin membawanya pergi. Asalkan dia selamat.Jiwanya sudah tidak bertenaga lagi.

Entah bila Adi memberhentikan keretanya Rina tidak pasti. Hanya tindakan kasar Adi membuka pintu keretanya mengembalikan Rina di bumi yang nyata. Tangan Rina digengam dan ditarik. Rina memandang sekeliling. Suasana sejuk,gelap dan sunyi menyelubungi. Hanya bangunan yang indah tersergam dihadapannya menyatakan dia x akan terlepas dari Adi malam ini.Rina hanya melangkah lemah menuruti Adi yang masih marah.

Maafkan akuWhere stories live. Discover now