54: Rindu

212 4 0
                                        

Seminggu.

Sepi.

@@@@@@@@

Rina P.O.V.

Rina tenggelamkan diri dengan kerja-kerja di makmal, juga karenah-karenah pelajar baru. Namun, hatinya sering tertanya kenapa tiada langsung panggilan atau mesej daripada  Adi.

Sihat ke dia?

Adakah dia masih marah?

Atau....ah....jangan difikirkan....

InsyaAllah....segala-galanya akan baik sahaja...

Jangan dilayan perasaan sangat...banyak tugasan yang menanti. Kalau melayan perasaan tugasan-tugasan ini tidak akan selesai...malah makin bertambah.

@@@@@@@

Adi P.O.V

Adi merebahkan badan diatas sofa setelah 3 hari berkursus di Riau. Tiba-tiba arahan diterima pada pagi isnin yang lalu.

Tanpa dia sempat mengirimkan apa-apa pesanan, dirinya telah berada di tanah asing yang memang susah untuk mendapatkan coverage internet.

Malahan tugasannya untuk menyelesaikan masalah kecemasan dilapangan perlu diutamakan.

Rindunya yang merimbun di kamar hatinya sukar sekali dimergertikan. Adi pernah bercinta sebelum ini, malah cinta sepenuh hati. Namun rasa yang rindunya pada Rina sangat berbeza. Rindu...setiap saat dan ketika ingatannya terbayang Senyumnya...tawanya....muka cemberutnya...muka kaget...malah wajah sedih dan kosong Rina sering terbayang disetiap sudut hidup Adi. Melahirkan rasa bersalah.

Malah ketika dia berdepan dengan Mardiah, Adi seolah² telah terlupa bahawa Mardiah pernah menjadi cinta hatinya. Pernah menjadi satu-satunya wanita yang dia puja dan rindu.

Iye...mardiah dan Adi sentiasa dihantar sekiranya terdapat masalah kecemasan sebegini. Oleh itu, hubungan mereka semakin akrab dan akhirnya mereka bercinta dan ingin berkahwin. Namun takdir Allah lebih mengetahui akan jodoh mereka.

Maafkan akuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang