Bunyi kelengtang kelentung di dapur menyebabkan niat Rina untuk terus berkurung didalam bilik terbantut. Haruman nasi goreng juga menyapa hidungnya.
Rina terpesona melihat Adi yang memakai apron sedang menggoreng telur. Kelihatan semangkuk nasi goreng telah tersedia di atas meja makan.
"Hi sayang" Sapa Adi sebaik melihat Rina yang terpaku dimeja makan. Dengan selamba Adi menghampiri meja untuk meletakkan telur yang digorengnya. Kerusi ditarik.
"Please" tangan Adi menarik Rina yang masih tegak berdiri memandangnya. Rina hanya mengikut rentak Adi.
"Coffee or tea, mam?"
"Tea for us....coffee is not good" Adi menjawab sendiri kerana dia hanya menyediakan seteko teh. Entah kat mama Rina simpan coffee pun dia tak tahu. Nasib baik dia jumpa teh tadi.
"What is it?" Wajah Rina sedikit ceria. Rina tidak menyangka Adi boleh memasak.
"Breakfast" Adi menanggalkan apron dan mengisi nasi di atas pinggannya dan Rina. Seusai itu, dia menadah tangan untuk membaca doa makan. Rina hanya mengikut mengaminkan doa Adi. Mereka memulakan makan tanpa bicara. Sedap juga Adi masakan Adi ni.
"Last week abang kat Riau" Adi memulakan bicara.
" Ada emergency kat site, sana tak de coverage. Maaf sebab tak sempat nak bagitahu" Adi menyambung apabila Rina memandangnya seolah-olah bertanya.
Rina hanya mengangguk dan meneruskan suapannya
"I miss you so badly. Do you miss me?"
"Huk huk" Tersedak Rina apabila mendengar soalan dari Adi. Pantas Adi menyuakan air pada Rina yang sedang terbatuk itu.
Soalan Adi hanya dibiarkan sepi.
"Sayangggg..." lama Adi berjeda selepas memanggil Rina. Rina menanti sambil cuba menghilangkan rasa tersedak didadanya. Adi terasa berat untuk bersuara.
" Abang perlu balik KL malam ni. Esok abang perlu masuk office dan lusa abang akan kembali ke Riau."
"Ok." Rina hanya mengangguk faham.
"Boleh sayang teman abang hari ni?" Dalam nada sedikit rendah Adi bertanya.
Teman pergi mana? Lurus Rina bertanya.
"Terpulang pada sayang..kita date...boleh?"
Rina menelan air liur dikerongkong. Perangai ulat bulu Adi dah datang dah.
Apa yang harus dijawab ni...?
Getaran phone di meja menyelamatkan Rina dari pertanyaan itu.

YOU ARE READING
Maafkan aku
عاطفيةAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...