I am here
Wait for me
I MISS YOUItu mesej yang dihantar kepada Rina malam tadi.Namun tiada tanda dibaca. Kekal biru.
Panggilannya juga tidak dijawab.
Hatinya risau.
Kerinduan
dan kerisauan Adi pada Rina mendorongnya memandu sejauh lebih 300km untuk menatap wajah Rina walaupun hakikat badannya penat.Sepanjang pemanduannya, Adi hanyut dengan kenangan. Imej Mardiah dan Rina saljng berganti. Memberi hatinya kelegaan dengan keputusannya walaupun dirinya merasa bersalah.
Setelah berpisah dengan Mardiah, Adi mula sedar kenapa umi berkeras tidak menerima Mardiah sebagai isterinya. Hanya dengan cinta tidak cukup untuk memenuhi sifat lahiriah manusia. Manusia akan sentiasa berubah. Impian, tanggungjawab, keinginan, keperluan, dan nafsu sentiasa berubah mengikut masa dan perasaan. Tidak akan pernah tetap disatu garisan. Tidak juga berada di satu garisan yang lurus.tidak hanya kekal segar di situ.
Kecuali Rina.
RINA isteri yang dipilih umi
RINA isteri yang tidak pernah meminta apa-apa darinya
RINA isteri yang sentiasa memenuhi permintaanya
RINA isteri yang sunyi tanpa rungutan
RINA isteri yang bangga untuk dikenalkan pada siapa pun
RINA isteri yang menjaga adabnya
RINA isteri yang manja namun tidak pernah dia manjai
RINA isteri yang lemah fizikalnya tapi cekal jiwanya
RINA isteri yang menyejukkan amarahnya
RINA isteri yang kehadirannya melahirkan rasa gundah dihatinya
RINA isteri yang penuh aura dan karismanamun.
RINA isteri yang tidak memerlukannya.
Ceraikan saya.
![](https://img.wattpad.com/cover/144158375-288-k314467.jpg)
YOU ARE READING
Maafkan aku
RomanceAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...