42: Persoalan

382 5 0
                                    

Rina berasa sangat malas tuk keluar dengan Adi malam nanti.

Apakah alasan yang sesuai untuk dia menolak perlawaan Adi tadi.

Rina sebenarnya malas untuk bertekak tetapi hakikatnya hubungan ini tidak akan berakhir kecuali Adi membencinya seperti mereka mula2 kawin. apakah yang menyebabkan Adi berubah fikiran?

Ditinggalkan oleh kak mar? Yea...Adi seorang yang setia. Setia pada umi dan jugak kekasih. Jadi pastinya dia akan setia pada isteri.

Tapi Adi juga seorang yang degil. Apa kehendaknya perlu dituruti. hanya dengan orang keras hati jugak yang boleh melunturkan keegoannya. Seperti umi, seperti kak mar. Dan Rina merasa lemah, dia tidak sekuat mereka. Setiap kehendak Adi pasti akan dituruti pada akhirnya. Kerana Rina menyayangi ramai orang, ibunya yang sentiasa risau dan umi yang sentiasa mengharap. Tega meninggalkan Adi bermaksud tega melukakan mereka.

Tetapi Rina juga ingin bahagia. Ingin mencintai dan dicintai. Adakah Adi mencintai..Rina tidak pasti...tetapi perasaannya pada Adi sudah berubah...sedikit benci..sedikit rindu..Dia bencikan Adi yang seolah-olah diktator bila bersamanya. Tetapi dia juga rindukan adi bila dia lembut merayunya bagaikan anak kucing.

Perlukah Rina memberikan dirinya peluang untuk merasa sedikit nikmat berumah tangga. Mempunyai suami. Walaupun tanpa cinta. Akan hadirkah cinta yang seutuh siti khadijah pada Rasullah Muhammad s.w.t dan setabah siti fatimah pada saidina Ali. r.a.

Rina sedar dirinya tidaklah sempurna seperti mereka. Rina hanyalah anak kecil yang tidak mengerti cinta. Yang diajar untuk taat pad ibu bapanya, taat pada suami. Walaupun berpelajaran tinggi, tiada satu pun buku teks yang mengajar bagaimana untuk setia, untuk tabah dan sabar untuk gembira,untuk bahagia yang tepat selain menurut ilmu Al-quran. Sebagai wanita suami dan ibu bapa menjadi keutamaan. Tanpa restu dan redha mereka tiada guna walaupin dia berjaya. Lagipun, Adi bukanlah mengajaknya berbuat maksiat, bukan mengajaknya berbuat dosa.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini mencapai kebahagiaan.Tabahkan lah jiwa hambaMu ini menhadapi karenah suamiku, Kuatkan lah kesabaran dalam hati hambaMu ini untuk mencapai redhanya Ya Allah.

Dan hakikatnya, Rina perlu membuat keputusan.Hanya Allah yang bisa menolongnya, lalu Rina bangkit, bersiap untuk menunaikan solat istikarah..Agar apapun yang diputuskan adalah dengan vantuan ddan hidayah dari yang Maha Esa, bukanya dati bisikan nafsu dan syaitan.. InsyaAllah.

Maafkan akuWhere stories live. Discover now